Friday 29 April 2011

BERKHADAM SELAMA 4 TAHUN KERANA MAKAN SebiJi EPAL...

 Assalammualaikum w.b.t...smG kAlian Semua bERada DLm  limpah dan Rahmat dariNya..lama dah nak Share cerita nie,maybe anda semua dah tahu..tapi,diri ini x jemu2 uNtuK MeMBAcanya..So,teruskan pemBACAAN anda....

 Kisah berikut adalah kisah benar yang berlaku kepada seorang hamba Allah yang soleh, Abu Saleh Jangi Dost dinegeri Jilan, Iraq.  Banyak pengajaran didalam kisah yang boleh dijadikan panduan. Moga mendapat manfaat.


BERKHADAM SELAMA 4 TAHUN KERANA MAKAN SEBIJI EPAL.

Al-kisah..........
Abu Salih Jangi Dost, seorang pemuda yang sangat kuat taqwanya sedang duduk ditebing sungai, apabila dilihatnya sebiji buah epal terapung dipermukaan sungai. Beliau mencapai buah epal itu lalu memakannya. Selesai makan beliau tersedar dan berkata dalam hati, "Kemungkinan buah epal ini ada tuannya. Aku telah memakannya tanpa izin pemiliknya. Aku kena cari pemiliknya dan minta halal daripadanya"

Beliau mudik kehulu sungai...... Setelah lama berjalan kelihatan sebuah rumah dengan kebun buah epal ditepi sungai. kelihatan sabatang pokok epal condong ke arah sungai. Hatinya berbisik, "Kemungkinan buah epal yang aku makan tadi adalah dari pokok ini". Lalu beliau berjumpa tuan punya kebun. Tuan punya kebun itu adalah Shaikh Abdullah Sawma'I. Setelah memberi salam....

Abu Salih : Tuan, saya telah makan buah epal dari kebun tuan, yang mudik ke hilir sungai. Saya minta halal.!

Shaikh Sawma'I : (merenung wajah pemuda itu dengan tajam) Aku akan mema'afkan jika kamu memenuhi permintaan aku.

Abu Salih : Apa permintaan tuan?

Shaikh Sawma'I : Kamu mesti berkhadam kepada aku selama 2 tahun!

Abu Salih : (Setelah berfikir sekejap).....setuju. Insya Allah tuan. Saya akan berkhadam kepada tuan sebagaimana tuan kehendaki.!

Abu Salih adalah seorang hamba Allah yang wara' dan sangat kuat taqwanya. Beliau tak mahu sesuatu makanan yang tidak halal mengisi perutnya. Walaupun sebiji buah epal yang tidak halal baginya, cukup untuk menjadi soal dan perhitungan di Yaumul Mahsyar! ....

Namun!......... tebusan untuk menggantikan sebiji buah epal dengan berkhadam selama 2 tahun. .....!!!

Masya Allah! Rasanya tak sanggup kita membuat pengorbanan demikian, semata2 kerana sebiji buah epal....kena berkhidmat selama 2 tahun.! Betapa mulia dan sucinya hati pemuda ini.!

Masya Allah!

Setelah berkhidmat selama 2 tahun....pada hari terakhir Abu Salih meminta izin untuk pulang.

Abu Salih : Tuan, saya telah berkhidmat selama yang tuan kehendaki. Saya minta izin pulang.

Shaikh Sawma'I : Aku akan halalkan jika kamu berkhidmat selama 2 tahun lagi.

Abu Salih : Baiklah saya akan berkhidmat sebagaimana tuan kehendaki!

Setelah selesai 2 tahun lagi berkhidmat, Abu Salih mohon izin pulang.

Shaikh Sawma'I : Aku akan halalkan jika kamu setuju mengahwini anak aku! Tetapi keadaan dia buta, bisu dan kudung! Sudikah kamu memenuhi syarat terakhir ku ini?

Abu Salih : (agak lama termenung......jika buta dan bisu boleh lagi tetapi kudung pulak.......macamana aku nak hidup dengan wanita seperti ini.....hati kecilnya berbisik! Tetapi beliau teringat akan tebusan nya kerana memakan sebiji epal dan janjinya kepada Shaikh Sawma'I, maka akhirnya beliau pun setuju dengan tidak sedikitpun kekesalan)

Masya Allah!
Pengorbanan ini.........bagaimana nak lukiskan!???
Apa kata yang dapat menghuraikan keindahan hati sucinya?
Seorang pemuda kacak dan tampan sanggup merelakan diri mengahwini seorang wanita yang buta, bisu dan kudung!!!

Masya Allah!

Apa pengorbanan ini......seorang pemuda kacak dan sempurna anggotanya sanggup mengahwini seorang wanita yang dikatakan buta, bisu,  dan kudung.!

BERKAHWIN DENGAN PUTERI YANG BUTA, BISU DAN KUDUNG

Hari perkahwinan tiba!
Setelah selesai 'aqad nikah, pengantin lelaki Abu Salih dibawa berjumpa dengan pengantin perempuan.

Sebaik saja masuk ke bilik pengantin perempuan, dilihatnya seorang wanita yang sangat cantik berseri-seri wajahnya. Matanya yang bersinar2 menunjukkan dia bukan buta! Kaki dan tangannya sangat sempurna. Dia memberi salam, Assalamu 'Alaikum", Dengan senyuman wanita itu menjawab dengan suara yang lunak, "Wa Alaikumussalam, suamiku".!!!

Maka terkejutlah Abu Salih, kerana wanita itu tidak serupa sebagaimana yang digambarkan oleh ayahnya, Shaikh Sawma'I. Dia bukan buta, bukan pekak dan tidak bisu. Dia juga mempunyai anggota badan yang sempurna.! Lalu segeralah dia mendapatkan Mertuanya, Shaikh Sawma'I, inginkah penjelasan!

Shaikh Sawma'I menyambut menantunya dengan penuh senyuman kerana beliau memang sudah menjangka akan kedatangan Abu Salih, inginkan penjelasan!

Shaikh Sawma'I : Aku bersyukur kerana dari awal lagi aku sudah mengetahui engkau adalah seorang yang sangat jujur dan
salih. Sebab itu aku telah memutuskan untuk mengahwinkan anak aku dengan engkau.

Abu Salih : Tetapi bukankah Ayahanda menyebut puteri tuan.........(Abu Saleh kehairanan)

Shaikh Sawma'I : Ya benar...!

Aku menyebut puteri aku Ummul Khair Fatimah, buta sebab dia tak pernah melihat lelaki lain selain dari ayahanda dia.!
Aku menyebut dia pekak sebab dia tak pernah mendengar perkara2 yang haram.!
Aku menyebut dia bisu kerana dia tak pernah menyebut yang keji2 atau mengumpat orang lain!.
Aku menyebut dia kudung kerana tangan dan kakinya tak pernah melakukan sesuatu maksiat atau sesuatu yang haram.!!!


..............
Ya....kini kita faham betapa sucinya kedua pasangan ini......Ummul Khair Fatimah dan Abu Salih Jangi Dost.

Abu Salih Jangi Dost dan Ummul Khair Fatimah adalah bapa dan ibu kepada seorang insan suci yang lahir dari keturunan mereka, Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh yang telah menghidupkan semula agama (Muhyiddin) yang dibawa oleh Junjungan besar Muhammad Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam.

Shaikh Muhyiddin digelar dengan Hasani Wa Husanini kerana kedua Ibubapa beliau adalah dari keturunan cucunda kesayangan Rasulullah Sallallahu 'Alayhi WaSallam, iaitu Imam Hasan dan Imam Husain Radhiallahu Anhum Ajmain.
Wallahu A'lam

ZiKRullah...

Assalammualaikum w.b.t..Alhamdulillah,syukur kepada Allah s.w.t  AtAs Segala nIKmat  kurnianNya...Exam pun dah abis...padahal 1 paper jew ambik sem akhiR nie..^____^.So,pEngisian kEhidupan pun diTerUsKAN...kEtENaNgAN..hurm,ramai caKaP InsAN Nie Slaloo nampak Tenang..padahal ALLAH jew yg tahu dsebalik ketenangan tue kan...sO,BAGAIMANA NAK CARI ketenangan ea??

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.
 
Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.
  • Dimensi kata, rasa dan tindakan
Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya. Firman Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8

Firman Allah lagi:

“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli! 

Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:
  • Rasa kehambaan.
  • Rasa bertuhan.
  • Memahami maksud takdir.
  • Mendapat hikmah di sebalik ujian.
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
  • Rasa kehambaan.
Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah:
“Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” At Taubah: 51

Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan bertambah kacau.

Imam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.
Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:

“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156

Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.
  • Rasa bertuhan.
Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.

Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!”

Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah. Firman Allah:
“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.” Al Baqarah.
Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fathu 4.
Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.
  • Memahami maksud takdir Allah.
Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:

“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al Baqarah : 216

Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen¬deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”
Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan… mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.
Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.
Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini:
“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”
Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”
  • Mendapat hikmah bila diuji.
Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Ra¬sul¬ullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.

Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.

Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.

Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri!

Sunday 24 April 2011

AKukAh RUfAidah???


Assalammualaikum w.b.t.

AlhamDuLILLAH,dberikan KeSEMPATAN sblom dtgnya KeSEmPITAN…Selawat dan salam uNtUK juNJunGan Rasulullah s.a.w  atAs  perJuanGaNNYA MENYEBARKAN ISLAM…Salam Qaseh sayang uNtuK bUNda n ayahanda TErCInTA  dan  Salam ukhuwahfillah Untuk pembaca sekalian…terdetik KAT “qalbi” naK bErkONgSI Mengenai   Insan yg bErnama RUFAIDAH..

Siapa Rufaidah ni ea??

·         Anak seOrANg TabIb
·         DiLaHiRKaN di YAtHRiB,MAdiNAh
·         KeTuRUNAN Puak Aslam dari puak  Khazraj
·         Hidup di zaman Rasulullah s.a.w

SumbaNgAN Dalam SejArAH IsLaM:

·         aNtARa Yg MeNyAMbuT PeNghijrahan Rasulullah s.a.w di  Madinah
·         Wanita Ansar pertama memeluk Islam
·         Terlibat BERSAMA-SAMA DALAM PEPERANGAN Badar,Uhud,Khandak dan

          khaibar

SuMbaNGAN KEPADA SEJARAH Kejururawatan Islam:


·         Pengamal kejururawatan
·         SoCial worker
·         Pengasas sekolah kejururawatan
·         Pengasas Perawatan KoMUnITi
·         Pengajar dan pendidik

Sifat- sifat yang dpamerkan:

·         Menyayang dan mengasihi sesama insan
·         Peka dengan keperluan orang lain
·         Empati
·         Sentiasa memberikan sentuhan
·         Sabar
·         Melaksanakan tugas dengan penuh kerelaan
·         Berkongsi ilmu dan kemahiran
·         Aktif
·         Berdedikasi
·         Komited
·         Berani dan cekal
·         Memiliki sifat profesionalisme

Ada yang mengatakan beliau seperti:

·         Permata yang sukar dperolehi
·         Singa yang berani
·         Burung merpati yang lemah lembut

Dengan e2,Rufaidah dinobatkan sebagai  JURURAWAT ISLAM PERTAMA

Sebagai Renungan:

Saidina Ali Bin Abi Talib

“Apabila kamu berasa letih berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal dan sekiranya kamu seronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal (kecuali bertaubat)"

 AnDai diriku BIsa meNJADI Rufaidah,
aDakah Diri InI TEGAR berAMANAH,
MerawAT iNsAN YaNg Lemah,
Bukan DeNgAN MeNEBARKAN AMARAH,
Mga aKhirnya mEndapat Redha ALLAH....

Wassalam

Thursday 21 April 2011

PeRKonGSIAN~hati-hati

“Iman ialah sebuah perjalanan dan kutipan pengalaman.”
 

Ulama’ hati sering mengibaratkan hati seperti sebuah cawan, lalu mengkategorikan hati kepada 3 jenis:

      1. Cawan yang bocor : apabila dimasuki benda baik,kesan baik itu tidak lama dan akan luput kerana hati ini sering mengiringi perkara baik dengan dosa dan amalan buruk.
      2. Cawan yang tertutup : benda baik langsung tidak boleh memenuhinya
kerana ia sendiri tidak membenarkan faktor-faktor            kebaikan     memasukinya.
3. Cawan yang terbuka dan kuat : benda baik memasukinya dan ia menjaga isinya dengan baik,lalu menghasilkan kesan jangka masa panjang yang baik

**Ada sebuah kisah pada zaman para anbiyaa’ tentang seorang budak dan doanya.
Terdapat sebuah keluarga, seorang isteri, suami, dan seorang anak. Kebiasaan isteri dan suami ini dalam keluarga ialah setiap kali waktu makan,mereka akan mengajak anak mereka sama-sama memejam mata dan berdoa di meja makan. Sedang si anak khusyuk berdoa meminta makanan daripada Allah dengan mata terpejam, suami dan isteri itu mengeluarkan makanan yang telah siap tersorok lalu menghidangkannya di atas meja. Kemudian mereka sama-sama membuka mata dan menjamu makanan.
Hal ini dilakukan oleh suami isteri itu demi melatih anaknya agar sentiasa bertawakkal dan meminta pada Rabb Al-Jalil. Suatu hari, suami isteri itu meninggalkan anaknya lama di rumah atas urusan tertentu. Kelaparan,si anak duduk di meja makan,memejamkan mata dan berdoa seperti biasa.
Kemudian,suami isteri itu pulang ke rumah lalu terkejut mendapati anaknya sedang makan hidangan lazat di atas meja. Si Ayah bertanya kepada anaknya; “anakku, mana kau dapat semua makanan ni?”. Jawab si anak; “macam biasa la ayah, saya berdoa”.
“لكم أستجب, ادعونى ربكم وقال”
“dan Rabb berkata: pintalah kepadaku, nescaya aku akan tunaikan”.

Adab seorang hamba kepada tuhannya,selari dengan merealisasikan syahadah yang sering diucapkan; menjadikan Allah tempat pegangan yang utama.
Kadangkala kita tidak biasa meletakkan Allah sebagai ‘main source’ sebab tak pernah buat. Bila kawan baik,ayah,mak,makwe,dan manusia-manusia lain,lagi teruk kalau pakai anak patung,semuanya mengaburi pandangan kita,mensasarkan kita dari meletakkan Allah pada tempatnya. ‘Practice makes perfect’. Maka berlatihlah,tiada siapa yang menghalang kecuali diri kita. Bangun pagi bermunajat,mendirikan qiamullail,cuba menangis di depan yang maha Esa,mentadabbur isi-isi al-qur’an,mendekatkan diri pada alam merasai keagungan-Nya.
Dalam filem ‘Evan Almighty’,ada satu ‘quote’ yang pada saya kena dengan formula tawakkal.

“If God wants to make you strong,He doesn’t give you strength,but He gives you opportunities to be strong. If God wants to make you happy,He doesn’t give you happiness,but He gives you opportunities to be happy”.

Seringkali kita berada pada posisi memilih sesuatu,dan akhirnya kita yang salah memilih. Allah telah kurniakan kita banyak nikmat,tapi akhirnya kita yang salah guna. Kadangkala sahabat kita nak tegur kita,tapi kita mengambilnya sebagai nak cemuh. Maka kita menutup diri kita dari berukhwah,lantas menutup satu pintu nikmat. Allah bagi kita satu masa yang panjang dan peluang untuk belajar,tapi masa kita bazirkan dengan perkara lain. Allah bagi kita rumah sewa dekat dengan masjid,tapi yang menentukan kaki kita melangkah ke masjid ialah diri,hati,akal kita. Akhirnya kita jugalah yang meletakkan diri dalam syurga,atau neraka


"إنا هديناه السبيل إما شاكرا وإما كفورا"
“Sesungguhnya kami telah menunjukkannya jalan,sama ada dia bersyukur atau dia kufur”

Bersama-samalah kita berusaha untuk memilih jalan yang terbaik,pilihan yang terbaik setiap hari. Bersama-samalah kita mengingatkan kawan-kawan kita agar sentiasa mengingatkan kita dan membimbing memilih pilihan dan jalan yang terbaik. Bersama-samalah kita agar sentiasa beramal dan berbuat baik agar malaikat kiri dan kanan kita turut mendoakan kejayaan kita dan meraih pengakhiran yang baik.
Wallahualam.

P/S: Entri dr http://lifepotrait.blogspot.com/2011_04_01_archive.html..X taw knapew suke sgt ngan "hAtI"....(^_^)

Monday 18 April 2011

DarI aLaM...(^_^)

Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah,masih ada lagi PerKonGsIan UNtuK PEmBacA  DAN diri  SayA sENdIrI…iNi  antara Doa Di qalBi..

“Wahai Tuhanku,lapangkanlah bagiku dadaku,dan mudahkanlah bagiku tugasku,dan lepaskanlah simpulan dari lidahku SuPayA  mereka faham pErkatAAnku..”

Tertarik deNgan Karya UMMU SAKINAH HJ.MUHAMMAD…Analogi Sebatang Pokok

BelajarlAh DarIpada kEsabARan Dan kETabAHan SebatanG pOHoN.POHoN yang bESar MaMpU Menahan ribut dan TAuFan kERanA Ia MemPunYAI BatANG yANg kUKuh Dan kUAt.
BeRMulA dARi bEnIH yAnG Kecil,Ia TUmbUH mEnJaDI pOHoN YanG BesAR Dan SEmaKin   kUaT aKaRnyA.SebElUM MenJAdi SEbAtANg pOHoN yAnG KuaT,Ia bELaJaR mENahAN tERiknyA MaTahArI,kuATnyA aNgiN,diNGInnYA hUJaN dan GanGGuaN dARipada MaNuSIa juga haiWan.
sETelAh melalui SemUa ITulAh,DarIpADa SEBijI BEnIH YaNg TIdAK terLihAt,mEnjAdi TUnAs YaNg bERCamBAh Dan AKhiRNya BerTUkAr mENjaDI PohOn YanG BesAR.
MArI Kita jadi manusia yang tidak KAlah DEnGan kEadAAN dAN SUASANA.sEPeRTI IKaN di lautan masin,meskipun SekiTarNya MaSin nAmun DagInGnYA tetap tawar.

Selain e2,Karya Pahrol Mohamad Juoi…Pohon Iman

AkHLaK uMPaMa BuAh PaDa pOhoN ImaN.AKAR tUnjAnG pada PohOn iTu AdaLaH PerSOaLaN IMaN,BatANgnya AdalAH rUKun ISLAM,DahAnnya PerSOaLaN FaRDhU KifAYah,RanTIngnYA UmpAMa AmAlAn-amalan Sunat MaNakALa AkHLak  adALah buahnya.

SesuNgguhnya,RevOLusI AKhlAk Inilah yang dinantikan oleh manusia kini.Hanya dengan inilah kemajuan teknologi dan ketinggian tamadun material akan dapat menjamin kesejahteraan hidup manusia pada alaf akan datang…

KEjUTan hArI inI...(^_^)

Assalammualaikum...aPa KHaBaR  oRanG dcNa...OrANg DCnI  sIHaT alHAMdUlillah.....knApE pULaK adEW OrANg DCNa N OrANg DCnI PulAk ea???(^_^)

HARI2 dEW KeJutAn...Tp,kAli inI KejUTan yANg MMg TerkEjUZzzzzz..bUKaN BuAt2 PuNYe...mana x nya...SeMaLam STudY PaSAL prOsEDuR2 sEM 1 HInggA sEM 6 coZ dLm jAduAl mGu nIE MsUk SkILL LAb.....tUp2 ArI Nie adew practiCe Osce(EXam PRoSedUr) Cam REal PunYe...maka,dGn  lAnGKAH yG HenDak X NaK, MasUk  la saya kE skILL LAB,bOloS SajEw lab e2!!!!bERtaMBaH dASyAtnYa apabila "iNsAN" INi DpAt GroUp YaNg pErtama...kUenG3....oRaNg pERAK KATa" BeRDebO yoP N yOnG HaTi TEMaN NiE...""iNsan inI" StArt NgAn KIrE UBaT.....SO,seGalA fOrMulA,bKn SetAKaT foRmULA oNe,2,3,45 n SewaKtUnyA  kene iNgaT balik...bAnYaK sUnggUh Soalan dia...dalam 'qalbi" cakap X nak tambah sOAlan lg kew??NI BARU JAWAB  soalan kat dunia,MACAM MANA PULAK jawab soalan kat akhirat nanti  ea...kat ctu,sy jadi ahli matematik jap...KaLkuLator Tue MMG X REnGGAng la deNgaN JARI-JEMARI Saya..kira n terus kira....tup2,TiMes up!cEpat2 keluar...pegi kat bhagian seterusnya...mandi bayi(pAtUng jE)....kene wat penjagaan dari atas hingga bawah..termasUk tali pusat dia..UNtUNgnya jd bayi tue...try jadi mak jap kat bayi tue...ish3...pastu byk la prosedur laen yanG kene buat...(^_^)...dah abih SemUA ProSEDUR TUE,LEGA!alhamdulillah....skrg nie dah sTaRt mUSIM EXAM...saya pun x terkecuali...

P/S:Doakan  PERJUANGAN SAYA EA..sALAM imTihan UNtUK SAHABAT2 saya semua...andai adew salah n silap harap dimaafkan...




Saturday 16 April 2011

mEseJ&kElAhIrAn....IMpAkNya(^_^)

Assalammualaikum w.b.t.Syukur Alhamdulillah  diberikan  KESEMPATAN masa Sebelum datangnya kesempitan....dan SeLAWAT ke atas junjungan RASULULLAH s.a.w kerana pErjUAngannya dapat kita merasai ajaran Baginda dengan tersebarnya isLam..

HArI inI tERiMa kIrimAn mESeJ dR sAHaBaT KaRiBkU..

"YA ALLAH,bAnTulAh AkU unTUk MEnGIngAtIMu,mEnSyUKuRi NIKMaTmU DaN MeMpErbAiKI ibADahkU pAdaMu.
SuNGGuh DiRi iNI aMaT KerDil  Dan hINa JikA dhITunG amAlAnku pADaMu.TERasA  TIdAK LaYak UntuKKu dAMBaKan yAnG TerbAik kRn APa yANg Ku kERJakAN UntuKMu BeLum CUKup bAiK mAlAh AMaT rENdAH NilAinya..
NAmUN Ku tETap mEnGHarAPKaN PerHatIan dARiMu AgAR hAtI Ini TerUS tAQoRRuB bILLah.
AgAR kU tiDak RAsa SanGSi DGn RENcANaMu ,AgAR JIwAKu BertAMBaH  kUAt DENgAN MujAhADah kpdMu..HanYa rEDHaMU yAnG AkU IMpIKaN ...
MA FI qALbI GHayRuLLAH..

SyUKran sahabatku Dalam membawa peringatan kepada DiRi INi DEKAT  kpD agama..TaHnIAH juga UNtUK K.AfIfAH Dan SuAmI ,K.AfIFaH NiE KAKAK aNgkAtKu DI UKM dlu keRanA telAh DikUrNiakan SeoRaNg CahAyA maTa,Ahmad Fawwaz...maka bERtaMbAhnYa pUtERa iSlAm...

andAi Ada tERsaLaH BicArA,KATA MaaF diHulUr..BKn hANyA bERkONgSI CerItE,aGaR IaNyA tiDak lEBuR...WassALaM...(^_^)

Friday 15 April 2011

alhAmDuLillah

ASSAlammualaikum...

Alhamdulillah...
MajlIs PrACoNvO SY bERjAlAn Dgn LAnCar...sAYa Sgt GeMbiRa hArI inI....e2 SahAjA...(^_^)

Thursday 14 April 2011

SEMeSTeR 1(Anak kEcIL muLA blaja BeRjalan)......

AssalAmmualaikum .Segala pUji-puJian  diberikan KPd ALLAH  s.w.t  yang masih memBerikan nIKmat iman dan IsLAM..StILL  DPT bErnafas Cam Sekarang dan BYk  lg nIKmat yg ALLAH beRIKAN KPD KITA  kan..sKrG NiE mood SayA naK pracoNvO....TP,UmmI n Abi X dpT dTg CoZ pERAK Ke Pahang nI tersGtlah jAuH nye.....muDah2HAN adewla rezeki UNtUK uMMI N aBi DTG wakTu COnvO UITM nanTi pUlak..amin...Syukur alhamdulillah,masa BiK Jubah ari Tue,ase lG BerSemangat TuK aBiSKAN sEM aKhIR Nie wLu CaBARAN  dia,ALLAH jew la yanG tahu...
so,nak tunaikan entri Yg lEpas TTg  PeNGALAMAN SY seM 1 KAT CNI,CONcLusionnyE(MAAF,MIX BAHASA)sem 1 nI adalah masa PeNgEnalan Bg saYA...KENAPA SY KATA SEBEGITU...

  1. sAYA  ambil masa unTuk adapt dEngan persekitaran BaRu antaranya Bahasa,Budaya,kawan baru n sewaktunyalah yg baru...1st day daftar ngan family,sayalah Org YG TERAWAL DTInGGALKAN keluarga Coz abg saya kena balik perak pas htr sy ke hostel coz DiA keje...ALLAH jew taw,orAnG LAEN FAM STILL ADEW lg,teman...BkN lah sy manje ngan fam but dahle kat tempat oRaNG...tp,dr ctu saya Kuatkan Diri Tuk HADAPi hari2 yg seterusnya ...
  2.  alhamdulILLAH,sy dpt housemate yaNg baek...sayang mereka...aleeya,izzah n anis nazurah..waktu ni still duk kat Taman Polo lg..student2 kat cni taw la kdudukan hostel student  nie..
  3. kelas kat cni dbahagi  2 coz ramai sgt orang nak jd nurse kan...termasukla sahabat2 sy drpd yg berlainan  jantina,insan yAnG BeRNAMA  lElaki..
  4. pengalaman Praktikal kAt HOSPITAL KUAla Lipis, Pahang...1ST TIME MASUK wad,ALLAH jew yg taw,x taw nak buat apew..pt(pesakit)teNgok saya n saya tEnGoK dIorang..so,sama2 Tengok..HEHE..x dewla..adewla wat keje2 cikit..hari kedua dah buleh adapt ngan clinical situation...bulehla buat ProSEDUR2 YAnG BASIc  macam ambik Vital sign(tekanan darah,nadi,suhu),Cuci  nAjis pesakit atau dlm istilah kami BO..pasnI klu NuRse CKP cUCi BO anda taw la ea..(^_^)..jgn bUaT2  x TAW..lg 1,tuk sem 1 nie,kani dah blaja bagaimana hAnDle MAYAT...mayat??Seram jew bUnyInye..tp,betul..inI BuKAN cubaan..ini betul2 punye...mula2 takut la,lama2 kekuatan Tue DTG sndri dENgan izin ALLAH,TUK Berhadapan dengan mayat nie..ni adalah  salah 1 pEngalaman  yg TerINdah tUk sem 1 ni..(^_^)
  5. Selain tu,sem 1 nIe DAH byk asignment kene buat..So,Klu DPT Jew asignment tue,terus buat Jgn BUAT2 X TAW..(^_^)..
SO,dapatlah saye BerKonGsI cERiTE sedikit wlu x banyak kat cni  dgn PEMbaca sekalian kan... hoPE,ANDA gembira Tuk HADAPi hari2 yang mendatang DlM hIDuP..PeNuHi SetIAP saat yang dberi Oleh ALLAH dgn amal soleh..Mga DCNA nanti tempatnya bAhGIA..amin..wASSalam..

Thursday 7 April 2011

PEnGajIAN yG BerBaKi LBiH kURanG 2 bulAn lG...

ASsALaMMuaLaIkUM  ummi,abi,Pak cik2,mak.ci2k,sAHaBaT2 Saya dan para pembaca sEKaLiAn...

SEdAR x SEDAR,DAH NaK abis PeNgaJian kU dCInI..dI MANA??di  PahAnG , selama 3 tAhUN dalam JUrUsan NuRSING UITM...HUrM..tERtANyA2 jUGAK dI benAk hAtI niE,cUkUP x ILmU D'dada  ni??apew yG Telah  "iNsAN inI" TeLaH belaja??ade kEw DatAnG blaja  KaT negeri  pAntai tiMUr nI  hanya nak bLaJa mAkAn bUDu jew???kEropok lekor kew???dikir barat kew??hehehe...maybe!....SEbENARnyA,nAWAiTu KU dcIni hanYa UNtuK MeNunTUt ILmU..

iNgatlah" carilah iLmu sAMpAi  kE nEGara cHinA"...Ini bUKAN beRMAKNA belaja samPai ke negara  China jew ,tp dcTulah MeNunJUkkan kepentingan PeNcARiAn ILmU e2 SenDiRi...

nanti kite Sambung UntUK pERkONgSian pengalamanku SetIaP sEMeSTer DcnI..Adakah gembira??sEDiH@SebAlIKNya...sKrG NiE FOKUS nAk lEnGKAPkAn  aSIGnmEnT audit&pORtfoLio...AnDa bagaimana??apew Yg ANdA iNgiN LaKukAn SelEpAs iNI?sAYa dOakAN aGaR uRUsAN kalian  DPerMudAHKAN..AMIn..
Assalammualaikum w.b.t

AkHIrNyA...Ku bUKa  jua hati Ini..
BukA?BukAn SelAmA Ini ia  TertUtUp TetAPI MaSA unTuk kU GarAPKan SEGALA CerItE SUDAH tIbE,bukAn SEkADar CERiTe tETapi  BIaR Ia TERus SamPaI Ke  ruAnG MaTa Dan hAtI... aNdAI adEW KeKurangan e2 LAH pEngajaran  BuAt iNsAN InI...

PeRCayALaH PADA  pEnGLihatan,Pendengaran,PeRBUATAN  kalian..
Semuanya Ada RekOD MasINg2...
DihArAPKAN AGAR rEKod E2 DiTerIMA dgN TanGan kAnAn...
Amin...