Tuesday 31 May 2011

iKHLASKAH DIRIKU,DIRIMU dAN sESIAPA SahAja???

Assalammualaikum w.b.t.AlhamduLillah,DApAT mEnErobos laGi AlAm mAya NiE...seMoGa kAlIaN sEMUA dIrahmati ALLAH,bErjaya DiDuNia dAn AkHIrAt..amin.
Sekarang Nie CIK eMpUnYA BlOG sIBUK dENGAN Mnjawab Soalan-Soalan.JUJur CakAp,NaeK munTah  Teman   nGadapnye...Simpati x??KLu x sImpati PuN eMpati Pun buLEH.Dalam BUat2 Soalan tue TerdETIK KAT hATi NiE ikHLASKAH sAYA UnTuk Menjawab Soalan-soalan nie??@Ikhlaskah saya Dalam setiap  amal Ibadat saya??Hurm...BeRBALIK KePADA NAWAITU  ,saya kEmbali MeMPERbETULKAN nIAT SAYA dALAM MENuNTUT IlMU NIE..WahaI sahabatku Dan INgatan kepada diriku Juga,didiklah DiRi  BErusaha Untuk Ikhlas...

Sahabatku,Allah akan senantiasa menolong kaum muslimin kerana keikhlasan sebaHAgian orang dari umat ini. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 إِنَّمَا يَنْصُرُ اللَّهُ هَذِهِ الْأُمَّةَ بِضَعِيفِهَا بِدَعْوَتِهِمْ وَصَلَاتِهِمْ وَإِخْلَاصِهِمْ

Allah akan menolong umat ini kerana sebab orang miskin, kerana do’a orang miskin tersebut, kerana solat mereka dan kerana keikhlasan mereka dalam beramal.

Perintah untuk Ikhlas

Setiap amalan sangat tergantung pada niat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى

Sesungguhnya amal itu tergantung dari niatnya. Dan setiap orang akan memperoleh apa yang dia niatkan.

Dan niat itu sangat bergantung dengan keikhlasan pada Allah. Hal ini berdasarkan firman Allah Ta’ala,

وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

 Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.” (QS. Al Bayyinah: 5)

Allah pun mengetahui segala sesuatu yang ada dalam isi hati hambaNya. Allah Ta’ala berfirman,

 قُلْ إِنْ تُخْفُوا مَا فِي صُدُورِكُمْ أَوْ تُبْدُوهُ يَعْلَمْهُ اللَّهُ

Katakanlah: "Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui”." (QS. Ali Imran: 29)

Dalam ayat lainnya, Allah memperingatkan dari bahaya riya’ –yang merupakan lawan dari ikhlas- dalam firman-Nya,
لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ

Jika kamu mempersekutukan (Rabbmu), niscaya akan hapuslah amalmu.” (QS. Az Zumar: 65)

p/s:Smoga KaLian Dapat Serba sedikit pEngisian Dari sayA Ea...dIRIKU BuKAN aLim MEnGENAI aGAMA,TeTAPI  mEndidik DiRi Untuk mEnambah iLmU DAN CuBA UNTUK mEmpraktikkannya.KaLAU aDA SALAH dAN Silap,tEGurlah sAya...e2 lEbIh BAiK uNTuk INsan Ini..Wassalam..(^_^)

Saturday 28 May 2011

JazirAh CInTA...

AssalammuAlaikum w.b.t...Alhamdulillah,syuKuR KEPADA Allah KErana kurniaNya dApat Insan INi MeNeROboS aLAM MAYA SEtELAH  MeLETAKKAN wAKTUNYA UntUk mEmenuhi  tUntUTAN seORANG PELAJAr...alhamdulillah jugak,saya LulUs eXAM FiNAL uiTM!!!So,sayA dAPaT MeNGAMBIL eXAM Ljm (LeMBAGA JuruRAWAT mALAYSIA)TAHUN INI..dOAKAN SAYA  beRJAYA UnTUK PAPER tuE EA..tErima QAseH kEpada kalian semua Yg BaNyAk m'bAnTu INsAN inI dALAM JATUH bAnGunnya DalAm mEnUNTUt ILmU TeRMASUK  pEmbaca bLoG  SAYA YANG  AMAT  sAYA HaRgai,sETERUSNYA ADEW SEDIKIT pErkongsian Mengenai pEmbacaan saya dLm SemPuT2  M'ngeJAR MasA, Sempat gAk pErgI KedAi BUku..aNTARA PeRKONGSIANNYA dAlAM bukU JAZIRAH cinta karya RanDu Alamsyah......

"hIDUP INI TERlalu singkat,dalam kesingkatan itu sewajarnya ada yang perlu dperkataKaN aGAR tIDAK SIA-SIA"

"AKu pERNAH membaca,Cinta sejati iTu hanya berkaitan antara hubungan kita dengan Tuhan,Maha Pemilik Keabadian Cinta.Cinta kepada mAnUsIA,MENURUTKU,TIDAK DAPAT Menandingi  keabadian CiNta e2 SenDiRI kErana munGKin Kita hanya memandang sEGALA KECANTIKANNYA,KeTAMPANNYA,KEBAIKANNYA,KEKAYAANNYA,KEMASYHURANNYA dan  dan apa-apa yang ada padanya,Jika sEMUA ITU HiLaNg,KItA akAn KeHILANGAN sINAR CiNta YaNg ada pada Dirinya.Walaupun Di dunia Cinta kita masih Begitu kuat,di Akhirat mUNgkIN tAK aKaN sekuat itu."
"MAKsUD kAu?"
"MaKSUD aKu,MUnGKin Di akHIrAT mEReka Akan bErmusuhan."
"mUngkINkah bEgItu,Syam?Dua orang yang BEgiTu mEsrA dAn saling mEnCInTAI dI DUNIA InI buLeh Saling membenci di akHirat nanti?"

"Bukan hanya salIng mEmBenCi,tapi juga Saling menjatuhkan.Di padaNg Mahsyar nanti Ketika manusia di bangkitkan yang ada Dalam FIkiran kita adalah bagaimana menyelamatkan diri kita sendiri.Perasaan sAYANG DAN cInta kIta Kepada seseorang tak Dapat menguasai perasaan takut kita dengan azab yang TaK  DAPAT kita Bayangkan yang Bakal mEnIMpa kita.BEgitu Dasyatnya seksaan itu sehingga ketika seksaan itu ditunJukkan di depan mata kita,kita akan menjadi sanGaT takut.Bukan sahaja kekasih dengan kekasihnya,malah orang tua dan anak mereka pun akan saling bermusuh,saling MeNuduh tentang kesalahan mereka."

"Susah sekali Untuk jatuh cinta Kerana ALLAH.tAPI,iTu semua mUngkIN tERJADI kERANA KITA TAK MAHU MENJADIKAN ALLAH sEBAGAI  satu KeUtamaan Dalam hidup kita.Kita menghilangkan peranan ALLAH  dalam setiap lAngkah kita.Padahal,apa sahaja YaNg tIdak DILITUPI oleh ALLAH dI LANGIT DAN dBUMI INI?Kuasa Allah meliputi segalanya!Jika kita sanggup unTuk MENYEDARI HAL ITU DAN  dan memenuHI HAK-HAK-Nya,pasti Dia akan memapah Hati kita bukan Sekadar Untuk mengenalinya,tetapi juga Untuk BeRGEMBIRA dalam taman-taman Cinta yang Indah.Taman ciNta yang Di redhai-Nya."

"Hidup ini memang iNdah.Menangis,ketawa,gembira,sedih,suka,jatuh,bangun,berani,masa muda,masa tuA,CeRIA,tiDuR nYEnYaK,SMS GiLA,iNTerNeT,kEReTA,MoToR,MALL,PASANGAN,
RUMAH  mewah,senja di Pantai,Sahabat Sejati,filem-filem,makanan Sedap..Jika semua ItU HARUS KITA TiNggalkan pada sUatu hari,paStI aKAN SaNgat MeNyEDiHKAN.kITA tIDAK bErSedia,jadi siStem dalam diri kita bErgolak menolak kematian.Kita mengajar diri kita uNtuK meLUPAKAN KEMATIAN.KITA mENGAJAR dIRI KITA uNTUK MeLupakAN KEMATIAN!

"BanYak  hal yang mampu kita perolehi dengan membaca al-quran.Saat-saat membaca al-quran Seperti iNI AROMA KEHiDupan abadi di Akhirat nanti akan menyelinap,memenuhi runag hati kita.Kita akan sedar erti kehadiran Kita ddunia dENgAN membaca ayat-ayat dari langit ini.Kita akan insaf.Paling tidak,Selama al-quran itu masih di panGkuan kIta.

P/S:sAHaBAT yG dirahmati Allah sekalian,.bAcALAH noVeL inI unTuk mEnDAPAT  lebIh kefahaman Dan pEngajaran yang amat Berharga Dan  amat mEnYenTUh JiwA ea...(^_^)..wAssalam..


Thursday 12 May 2011

HaPPy NUrSEs Day!!!

Assalammualaikum w.b.t...AlhamdulillAh,dirikU MasIh bErnYawA  lG...DAPaT TnGOk WAjAh uMMi lG,dAPaT deNgaR  sUARA UmmI BACA AL-QuRaN,DAPAT dEnGar tazkiRah dAri abi,dApat TnGOk alam ciptaan ALLAH s.w.t lg dAn sewaktu Dengannya...12HB MEI 2011??X pernah TeRFIKIR pUn  Yg TArIKH inI BAKAL mEnJaDi salah SAtU inGAtan Dalam  HIduPKu....HaRi  jURurawat Sedunia TUe....

 

Nenek cAkap MISI sEkAranG X maCam DLu2,BAIK,
Atuk  ckp MISI macam ASTRO,MCM2 ada,
ayah Cakap MISI  MeNGANCAM,
Mak Pulak cakap takut MISI ,nanti kena cucuk ,
tp bagiku MISI macam L'OREAL,krn dirimu begitu berhArga...

InILAH aNTARA MesEJ yG KU daPaT ari INi...bAgIKu,iBuku adalah JUruRAWAT YanG TerBAEK DALAM HIdUPKU...HaNYA SenTuhannya sAhaja Hilang segala sakit yAnG ADEW..pERNAH sEKALI TUE,GasTRIK MeNYErAnG masa aktif sukan dlu,UMMI HaNYA LETAKKAN TANGANNYA jEw kat atas perut,terus bErkurang sakit tue...alhamdulillah...Setiap ibu tue taw jew macam mane merawat Anak dia...BuKAN HaNYA rAWat  fIZIKAL,mEntal tp TerUS ke  haTi Seorang anak e2...Ops!!tERlupa pulak,ayah jUgak ea..Seorang ayah tue pun kDg2 buleh mnjadi NUrSE jUGAK...jGn gelakla...

Selain ItU,MaTA jURURAWAT NIE pUn memainkan peranan...kDg2,Tengok Muka  pesakit tue pun dah taw dAh pesakit tue TGh saKIt...iNilah sALAH sATU peranan mata dLm nURsiNg nIe...Menilai Pesakit...


bAnyak lg YAnG NaK dIKoNgsikan Tp,mata nIe mEmILiH UNtuK DIPeJAMKAN DahULu...bArU sENTUH BAB MATA bLom lG Yg lAEn..SmG ALLAH memelihara PeNglihatanku Semasa Berada DDnia nie...sEGALA KEKuRanGan yg adew harap Dimaafkan...wAssALAM..

iNGINKU biNGKAIKAN sEBUAH KeHIdUPAN,
yAnG DIDALAMNYA PeNuH sENYUmAn...






Wednesday 11 May 2011

BeRCerITA teNTANG joDoH...

ASSAlAmmUALAIKUM W.B.T....Smg kalian Semua Sihat dI BAWAH lEMBAYUNGnYA Yang Maha Esa...WAhai Cik adik...knapew TErmenung???WAhAi CiK ABanG...tERMENUNG JuGeK ea???hai  eMpUNya bLog....alhamdulillah,x Termenung..(^_^)..wAHAI cIk adik n abang,JgN tERMENUNG LAGI...mari IKuti pembacaan yg Seterusnya...pinjAmkan mata dan hati jap ea...

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.
 
Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.
“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”
“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.
“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?” gurau saya.
“Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain…”

Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.
“Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,” jelasnya dengan tenang.
“Habis mengapa putus?”
“Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta.”
Wah, ini kisah cinta yang  dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.

Isteri Amanah
“Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?” kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.
“Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta.”
“Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?”
“Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa.”
“Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?”
“Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya.”
Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, “Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga.”
Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.
“Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi…”
Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, “Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”

 Cantik Itu Relatif dan Subjektif
“Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er… er… kita masih manusia bukan?” saya menduga hatinya.
Dia ketawa tiba-tiba.
“Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya.”
“Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?”
“Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?”
“Bukan yang cantik?” jolok saya lagi.
“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,” balasnya dengan yakin.
“Maksud abang?”
Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.
“Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.”
Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, “Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.”
“Oh, betul juga tu!” kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, “Sedap di mata tetapi sakit di hati…”

Wasilah Memilih Jodoh
“Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?” ujar saya dengan soalan nakal.
“Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja.”
“Maksudnya yang dulu lebih cantik?”
“Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?”
Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.
“Apa kaitannya dengan hati?” layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.
“Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!”
‘Ah, tentu dia bahagia kini!’ bisik hati saya sendiri.
“Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?”
“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”

Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik
“Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik.”
“Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik.”
“Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum.”
Abang tersenyum lantas berkata, “Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?”
Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.
“Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!”
Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.
“Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?”
“Kerana mereka bukan orang baik,” jawabnya pendek.
“Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?”
“Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w.”
“Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?”
“Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?”
Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.

Jodoh Urusan Allah
“Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat.”
“Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?” tanya saya inginkan penjelasan muktamad.
“Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan ‘orang baik’ lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!”
Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!
“Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.”
“Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?”
“Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi.”
“Hikmah untuk kita?”
“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya  pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”
Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak “abang bayangan” saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?
Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: “Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”

p/s:Alhamdulillah,beraDa di kG sekarang..mee rebus yg sedap sudah dinikmati..t.qaseh bunda&ayahanda tersayang...Seterusnya,tEngah menikmati cuti yg diberi deNgan sebaik2nya..Wahai Sahabat saya semua,penuhilah cuti yg dberi dgn perkara yg berfaedah ea..."mEncari pAsangan hidup,mencorak bAhagia fiTrah insani" menjAdi teman pembacaan sekarang...Smoga Allah kurniakan teman hidup berKongsi qaseh tersImPuL RAPI sampai ke Syurga,bina rumah tangga bahgia yang dilimpahi rahmat dan kasihNya,MuNGKIN  TIDAK sEMPURNA,TETAPI SaLING MELENGKAPI...aMIN YA rABB...

Friday 6 May 2011

bErmaknanyA dirimu...

Assalammualaikum w.b.t..Smg kAliaN  siHat Sejahtera,hIdUp BErbAhgia dan Tenang Diwajahnya..Alhamdulillah,oSce dah abih,exam dah abih..tInggal Ljm pulak..i'allah..Doakan InsAN niE  Dpt Habiskan pEngajian SetERUSNYA MELAYAKKAN  diri mEnduduki exam LJM(LEMbAGA jUrURawAT Malaysia)..AMIn...

Ibu2,bapa2,pak cik2,mak cik2 n para pembAca Sekalian...

iNsAN inI riNdukan  BunDA DAN ayahandanya...

Assalamualaikum ayah
Assalamualaikum ibu
Ayah ibu ampuni dosa kami semua
Ayah ibu doakan kami dunia dan akhirat
Dari kecil sehingga dewasa
Kau menyayang dan sering memanja
Menanam iman menyemaikan taqwa
Mengajar kami muliakan agama
Ayah ibu berkorban jiwa berkorbankan harta
Ayah ibu semoga Allah tinggikan darjatmu
Sebelum nyawa meninggalkan jasad
Sebelum suria terbitnya di barat
Kau amanahkan Al Qur'an dan sunnah
Jadi panduan di akhir zaman
Belaianmu masihku terasa
Ya Allah tempatkan mereka di syurga
Kami cintakan Allah
Kami kasihkan rasul
Kami sayangkan Ayah
Kami sayangi Ibu
Ayah ibu ampuni dosa kami semua...

SetEruSnYa,

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

HaLwA tElINgA KETIKA rInDu KAT Insan yang SanGat TeRIsTimEwA DI QALBI...HAYATI KA'AB...BERMAKNaNYA dIrImU..

@sELAMAT HARI IBU ummI...
@Segala jasamu X mungkin "InSan INi" BALAS..TeRLAMpAU BANYAK Ummi...
@kUDoakan smg Dirimu dibAhgiaKaN  ALLAH di Syurga...amin.X LEH NAK sambung lg...air mata DaH MeNiTIs DAH.....lagi Titis n tErus menitis...WaSSALAM..