Tuesday 26 July 2011

Saya Ramadhan...Buka pintu nie…

Abu Hurairah r.a melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w telah berkata,

“Ramadhan telah datang kepada kamu merupakan bulan berkat dan Allah s.w.t telah mewajibkan puasa dalam bulan ini.Semua pintu syurga dibuka dan  semua pintu neraka ditutup serta syaitan dibelenggu.Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak bertemu dengannya ia sangat rugi”

 Saya Ramadhan..Buka pintu nie…apew??adew orang suruh bukak pintu..sebentar2...

Wahai Ramadhan,telahku buka pintu itu untukmu…Diriku telah mengucapkan selamat  datang kepadamu.Semoga Ramadhan tahun  ini adalah Ramadhan yang amat bermakna  dan berbeza dengan Ramadhan2 yang sebelumnya kepadaku…Kusampaikan antara amalan-amalan sunat  yang ingin ku lakukan kepadamu Ramadhan..Antaranya:

1.Menyegerakan berbuka setelah masuk waktu maghrib. Sunat berbuka dengan kurma dan segelas air.
Hadis Qudsi yang bermaksud; 
“Sesungguhnya hamba-hamba- Ku yang paling Aku sukai ialah mereka yang menyegerakan berbuka.” (Riwayat: Imam Ahmad dan Tirmidzi)

“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama ia menyegerakan dalam berbuka.” -HR Bukhari Muslim

“Apabila makanan telah dihidangkan, maka dahulukanlah makan daripada solat Maghrib dan janganlah kamu tergesa-gesa ketika makan makanan malam kamu.” -HR Bukhari Muslim

2. Membaca doa ketika berbuka:
Ertinya;
“Ya ALLAH, untuk Engkau puasaku, dan dengan Engkaulah aku beriman, dan atas adanya rezeki Engkaulah aku berbuka, disertai dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

3. Melambatkan makan sahur. Sebaik-baiknya dua jam sebelum Subuh.

Jabir r.a menegaskan bahawa Nabi SAW pernah bersabda:
“Barang siapa yang akan berpuasa hendaklah dia makan sahur sekalipun hanya sedikit” (Riwayat: Imam Ahmad)

4. Membanyakkan ibadah di malam hari sepanjang berpuasa di bulan Ramadan. Solat tarawih pada setiap malam Ramadan dan witirnya.

5. Mulai malam 15 Ramadan sampai akhir bulan, membaca doa Qunut pada rakaat akhir solat witir.

6. Berdoa dan berzikir setiap malam sesudah witir.

7. Bertadarus samada sendiri atau secara berkumpulan.

8. Beriktikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadan.

“Pada 10 hari terakhir (di bulan Ramadan), Rasulullah lebih tekun mendirikan solat melebihi hari-hari yang lain.”

9. Membanyakkan ibadah malam terutama di malam 10 yang terakhir di bulan Ramadan.
  Dalam suatu hadis yang bermaksud;
“Sesungguhnya Nabi SAW manakala telah memasuki 10 hari terakhir di bulan Ramadan, baginda selalu melakukan solat malam, dan membangunkan ahli keluarganya untuk beribadah bersama.” (Riwayat: Bukhari & Muslim)

10. Memperbanyakkan sedekah. Tidak kira sedekah apa-apapun. Harta, makanan, pakaian atau apa sahaja. Jika tidak mampu, berilah senyuman kerana ia adalah sedekah yang paling ringan.

11. Menjamu orang-orang yang berbuka puasa. Elok jika majlis berbuka dibuat dari rumah ke rumah atau di masjid.

 Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
 “Barangsiapa yang memberi makan (untuk berbuka) kepada orang yang berpuasa, maka ia beroleh puasa seperti pahala orang tersebut tanpa mengurangi pahala orang itu sedikit pun.”

12. Menjauhi perkara yang tidak berfaedah.

13. Mendapat keampunan apabila beristighfar sepanjang hari di bulan puasa.

14. Membanyakkan ibadah di bulan Ramadan kerana mengharap keredaan ALLAH SWT.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
“Barangsiapa yang melakukan ibadah di bulan Ramadan kerana iman dan mencari keredaan ALLAH, maka dosa-dosanya yang lalu akan diampuni.”

Kepada RamaDhan,jangan TiNGGALkan saya cePaT2 taw..sebAb SAYA dah bukak pintunya..Wahai Ramadhan, ..HidUp&matiku hanya uNtuk Allah semata-mata...mOga diriku terus istiqamah dalam kembara mencari Redhamu YA ALLAH...amin

P/S:sAYa nak MinTA MAAf KEPADA KALIAN SEMUA jika ada salah dan silap saya selama ini,segala ketidaklancaran saya menulis kErna diri saya Sangat kerdil dalam meniti baki-baki kehidupan yang ada..Kalau saya pergi dulu meninggalkan kalian,jAngan lupakan Saya..jangan lupa sedekahkan surah al-Fatihah kepada saya ea...Hargai waktu YAng ADA BERSAMA WALAU hanya UnTuK sEketika...Wassalam...



Monday 25 July 2011

aPaBiLA 10 tAhUN x bAwAK MoToSIkal.....

     Assalammualaikum w.b.t...Apa kHaBaR kalian sekarang?Smg sihat hendakNya...dimana kalian Berada sekArang ea??BErtemu kembali di alam maya nie...mUNGKIN ada yang x sabar NaK mEnGHADApi Ramadhan nie kan???apa2 pun moga Ramadhan kali ini aDalah Ramadhan yAnG pengisiannya mEmbawa sEJuta penGoRbanan dan keSabaran dalam  pengabdian diri kepada Allah s.w.t.
     Alhamdulillah,baru dapat peluang nak ambiI lesen memandu kEreta&Motor.....x taw la kenapa  ayahanda dan bunda tersayang X bEnarkan ambil  selepas  SPM dlu...Tapi,diri ini cuba memahami..Mungkin ada hikmah disebaliknya kan..So,dipendekkan cerita,UJIAN undang2 pun dah lepas...HaRi Nie BLAJA asas motor... X tidur malam taw untuk blaja asas motor tue...nAk TAw knapew??Kerana SAYA DAH 10 TAHUN X BAWAK MOTOR...1st  time bawak moto masa darjah 6 dlu...biasalah kat kampung kan  di Matang,Taiping,Perak...maen redah2 jew bawak motor nie...blaja daRi sepupu yg pndai bawak motor...aBANG saya YaNg keDua PuN pErnah la jugak ajar bawak motor masa duk Kompleks Tuntung Bota Kanan,Perak dlu...e2 lah Guru MeMANDu SECARA X lansung...tErima ajelah kan...Jangan marah Ea ABaNg YanG...

                               Pejabat lama ayahanda versi lama..versi baru sgt chantek..
                                         Skrg  ayahanda bertugas di Tapah        



                                    Sudi2kanlah melawat kat cni..Best taw..



                                  Nielah tuntung..Jemu dah dia tengok saya..(^_^)


       Apabila kaki melangkah kat Institut Memandu tue kan,hanya ALLAH jew yang tahu..abihla..macam mane nie...biase la kan..takut pun adew...berani pun adew..So,masing2 ambik motor...saya tengok jurulatih tue,jurulatih tue pun tgk saya..tanpa mlengahkan masa,saya pun mengaku x pandai bawak motor ,Encik....SeNyUM KAT LUAR,entah2 kat dalam HATI  jurulatih(cikgu) TUE dah berguling2  gelak..(jangan TirU PEMIKIRAN NEGATIF nie ea) N then,diapun cakap,x pew2..duk blkg kwn  awak tue..K,TeRIMA2...terima kew???Terime ajelah...
     Apabila dah sampai litar tue,jurulatih(cikgu) tue cakap tengok dlu kwn2 bawak motor ea.. jd pemerhati tetap kat ctu..So,tengokla...Jelez gak..ciup cikgu tue suruh kwn saya 'boo' saya...tp,kwn saya baek,cikgu tue kene balik ngan saya..kene apew,biarlah rahsia..hehehe..Hengat,Jangan melawan,dia tetap guru saya..so,atas dasar hormat x jadilah proses kene balik tue kan..Pastu,cikgu tadi pun panggil saya..Jom blaja bawak moto...macam x caye jew..bEtul kew nak bawak moto nie..Risk tuk accident mcm TiNggi jew...maklumla,memang dah lama x bawak motor nie...cikgu tu pun tunjuk la cara2 bawak motor..lepastu,dengan yakin dan bangganya dia melepaskan saya bawak motor sorang2..alhamdulillah,nasib baek hengat pesanan adik lelaki saya,pemulas minyak(maaf,klu  istilah salah)tue ,pulas lembut2 jew..perlahan la maksudnya kan..So,jalanla motor tue dengan selamatnya..alhamdulillah...so,kembali la balik kat cikgu tue kan.."ha,buleh jew bawak motor ...x dew la x taw..."..dia x taw yg  saya nie rasa b'syukur sgt coz motor tue gerak....klu  x gerak,diri saya la yg gerak dlu ea...Cukupla sampai di sini dahulu..sekadar coretan semasa perihal diri..,Smg kalian  bahgia meniti setiap saat kEhIdUpan...Wassalam

P/S:sERonok dapat adik baru kat cni..terima qaseh Untuk Intan,fna,kamila,syikin,atikah dan yAnG sewaktu dengannya...KeRJASAMA&BANTUAN KALIAN AMAT DIHARGAI....

Thursday 21 July 2011

Wahai Semangat Muda Sahabat Remaja

WahAi  semangat muda sahabat remaja
Gelora juang menyemangatimu
Mengalir dari sukma
Menuju celah-celah cahaya
Mencari redha yang kuasa
Wahai semangat muda sahabat remaja
Engkau adalah gelombang air

Yang memercik batuan
Terpisah kerana keserakahan manusia
Engkau adalah embun
Yang bergayut di atas daun
Terpisah kerana rasa dengki mentari pagi
Oh...Semangat muda sahabat remaja
Mari taburkan iman dan takwa
Di taman pengabdian dan mewangi semerbak
Dengan tadabur Al-Quranmu
Dengan takafurmu
Dengan zikir mautmu
Dengan zikrullah

Hingga bunga-bunga mahabbah
Putik-putik jihad
Tangkai-tangkai ukhuwah
Getah-getah darah syuhadah
Menghiasi taman syurga

Mujahid CInta by Irwanto Al-Krienciehie

Wednesday 20 July 2011

10 PERKARA PENGHAPUS DOSA

Manusia dan dosa tidak mungkin dipisahkan.Manusia sentiasa berasa muda untuk melakukan dosa tetapi sebenarnya mereka tak terlalu tua untuk bertaubat.Pintu taubat sentiasa terbuka asal maut belum bertamu.

Menurut Ibn Taimiyyah,terdapat 10 penghapus dosa berdasarkan penelitiannya daripada Al-Quran dan sunah.

  1. Istighfar(memohon ampun)
  1. Taubat
  1. Mengerjakan amalan kebaikan yang menghapus dosa sebagaimana Firman Allah s.w.t yang bermaksud:”Sesungguhnya amal-amal kebajikan(terutama sembahyang)itu menghapuskan kejahatan.Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang yang mahu beringat.”(Surah Hud 11:114)
  1. Berbagai-bagai musibah yang menimpa diri manusia yang lemah.
  1. Doa orang yang soleh yang diperuntukkan bagi yang bersangkutan.

  1. Penderitaan sakit yang tidak terperi saat sakaratulmaut menjemput kealam barzakh
  1. Azab kubur
  1. Ketakutan yang sangat pada hari menghadap Allah s.w.t pada hari kiamat kelak.
  1. Syafaat Rasulullah s.a.w,para wali Allah dan syafaat orang soleh.
  1. Rahmat daripada Allah.

Sumber:Dr.’Aidh bin ’Abdullah al-Qarni,Ilallazina Asrafu ‘ala Anfusihim

Monday 18 July 2011

Ku rasa....Atuk Kata...

ORANG KATA …enjoy sementara muda, coz waktu hidup panjang lagi,dah tua nanti bertaubatlah.
ATUK KATA…Orang muda hidup memang baru bermula,tapi belum tentu masih panjang lagi,entah esok lusa Izrail datang menjemput,
KU RASA..betul jugak tu..

ORANG KATA…have fun on your birthday,panggil kekawan and sedara mara,berpartylah sepanjang malam,make it memorable one!!
ATUK KATA..setiap hari jadi,kita semakin hampir,hampir  setahun  dengan kematian ,
Setahun lagi lagi diberi peluang untuk beramal,bertaubat..
Ku rasa…betul jugak tu…

ORANG KATA…successful people have a good time management,ada bisnes di KL,New York,Tokyo..masih sempat berkempen untuk pilihanraya,masih sempat melepas lelah di karaoke,masih sempat pasang perempuan 2-3,baru orang buleh respect!
ATUK KATA…setiap manusia dapat 24jam dalam sehari,tapi…ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?ada masa ke  nak selak Al-Quran sekali sehari?ade masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,sekali dalam seminggu,atau sebulan,atau setahun?
Ku rasa..er…betul jugak tue…

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman  yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata”Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun.”Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi aku  redha dengan ketentuanMu ini”,sambil  mengukir senyuman.

P/S:Assalammualaikum w.b.t…Smg kalian sihat dan gembira dwaktu ini ea..sESungguhnya segala peringatan yang adew untuk peringatan diri sayA sendiri kerna diri ini sering lalai dlm perkara kehidupan&kematian…Wassalam


Friday 15 July 2011

10 LALUAN KE ALAM BARZAKH

Bagaimana memudahkannya?

1.LALUAN MENUJU KE KUBUR
a)      Jauhkan dari perbuatan mengumpat&mengeji
b)      Hindarkan perasaan iri hati(benci)
c)      Jangan terpengaruh dengan emas/perak
d)      Sucikan kadha’ hajat dengan istibra’

2.LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a)      Bersihkan diri dengan bertaubat
b)      Gembirakan hati orang Mu’min
c)      Bayar semula kadha’ yang tertinggal
d)      Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

3.LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NAKIR
a)      Mengucap dua kalimah syahadat
b)      Suka memberi sedekah
c)      Berkata benar
d)      Bersihkan dan perbaiki hati

4.LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a)      Mengajar dan menyampaikan ilmu yang bermanfaaat
b)      Sucikan perkataan dan pakaian
c)      Bersyukur dengan yang sedikit
d)      Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

5.LALUAN  MEMANTAPKAN AMALAN
a)      Jauhkan perkataan yang sia-sia
b)      Pendekkan cita-cita dunia
c)      Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d)      Banyakkan sedekah dan khairat

6.LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a)      Kasihilah aulia ALLAH Ta’ala
b)      Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c)      Berpegang teguh dengan hukum syara’
d)      Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

7.LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a)      Banyakkan membaca Al-Quran
b)      Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c)      Tinggalkan perkara-perkara maksiat
d)      Jauhkan segala yang haram

8.LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a)      Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b)      Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
c)      Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

9.LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a)      Kasihilah Rasulullah
b)      Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
c)      Banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

10.LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a)      Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b)      Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c)      Betulkan dan baikkan I’tiqad kepada ALLAH
d)      Bencikan segala yang diharamkan-Nya

“Jika engkau perlukan nikmat dunia,cukuplah islam itu sebagai nikmat untukmu,Jika engkau ingin menjadi asyik,cukuplah ketaatan itu sebagai keasyikanmu,jika engkau mahukan pengajaran,cukuplah alam barzakh itu sebagai pengajaran”.


Wednesday 13 July 2011

Ingatan Buat Saudariku…

Saudariku..
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok,menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.

Kau  umpama sekuntum bunga,harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu.Namun,tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya.

Umpama mawar,dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang  kumbang.Tapi awas,duri yang melingkar bias mebuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mrndekatinya.

Saudariku...
Aku suka sekiranya kau seperti mawar inspirasi setiap mujahid.Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah.

Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk.Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.

Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah.Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup.Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah.

Wanita solehah yang taat dan patuh pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan  yang bernama Adam.Namun,ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu,lebih-lebih lagi dengan title gadis yang kau miliki.Sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada…

Namun ingatlah saudariku…
Sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu.Yang penting gadisku…engkau mesti punyai azam,usaha dan istiqomah.

Saudariku…
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki.Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu,maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu.

Sesunguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu:

“Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita”…

Oleh itu saudariku..
Setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.

Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam.Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa  menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.

Saudariku…
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi.Itulah fitrah semulajadi setiap insani,namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta.

Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu salah.Kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta.Banarlah sabda Rasulullah S.A.W:

“Sesungguhnya cinta itu buta”

Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah s.w.t.

Sebelum kau mendekati cinta,cintailah dirimu terlebih dahulu.Mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik,yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah.Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada pnciptamu.

Saudariku..Mencintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana HATI yang pecah dan retak,apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai.Tetapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.

Dalam usia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu.Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Buat akhirnya,terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama:

“Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan,kerana ia tidak kekal.Cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal,kecewa,menderita dan terseksa.Oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri”

“ANTARA TANDA KEBERKATAN SEORANG WANITA ITU IALAH CEPAT PERKAHWINANNYA,CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN PULA MAHARNYA”.

Wallahu Ta’ala A’lam…

Friday 8 July 2011

Ku tEruskan Kesyukuran e2....

     Assalammualaikum w.b.t...Alhamdulillah,kEmbali ke Pahang  Semula...Suatu perjalanan yang MENYIMPAN SERIBU pERTANYAAN  sama ada lulus Ke x, sAmPAI pENAT NAK memikirkannya...Yang mEmbuatkan Insan ini x Tido malam,makan pun x kEnyang,mandi,alhamdulillah,basah..amboi2...ku kira,semua yang Di buat cam ade x kene jew coz fikiran kat tempat lain...Dah 3 Tahun blaja KAT pAHANG  nie,macam2 telah kukorbankan...Apa Yang berlaku sebenarnya ea??Teruskan pembacaan kalian ea...

     Tarikh 08 julai 2011 telah meleraikan segala kekusutan&persoalan yang ada di minda...tak mungkin ku lupakan tarikh keramat ini...Dengan langkah yang agak mendahului rakan lain(kak Yana,Shikin,Lily,Ain,K,jah,Ina,Fazilah)kupenuhi hati ini dengan selawat&Ingatan kpdNya agar ku terima segala jua kebarangkalian yang ada...Salam dan  Senyuman didahulukan  kat kak Ina...Tujuan kedatangan di lafazkan...Salam dan senyuman dibalas oleh Kak Ina..No Matrik dik??Lantas,persoalan dijawab,2008_ _ _ _ _ _ Kak Ina...Satu kertas yAng diterbalikkan yg membuatkan jantung nie berdegup  semakin laju diserahkan ...hanya helaian putih yang nampak...Kekuatan ku kumpul untuk terbalikkan kertas tue...dub!LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA...kEPADA nama saya...KEPUTUSAN PEPERIKSAAN LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA SYARAT BAGI KEMASUKAN DALAM BAHAGIAN AM DAFTAR UNTUK JURURAWAT BERDAFTAR...kU  teruskan pembacaan...Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa tuan/puan telah LULUS dalam Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia Syarat Bagi Kemasukan Dalam Bahagian Am Daftar Untuk Jururawat Berdaftar yang telah diadakan pada 15 JUN 2011 di Kolej Shahputra.
 
     YA ALLAH,SYUKUR ALHAMDULILLAH...hanya kepadamu Keserah HIdup&Matiku....sEGALA USAHA&pengorbanan yang dilakukan telah berhasil...Tanpa membUang masa,kegembiraan ku ini  dikongsi  bersama....pAnggilan telefon dibuat.Kepada Bunda tersayang ku teruskan kesyukuran e2...ayahanda,adik- beradik , sahabat handai  dan kepada kalian sekarang...Terima kasih semua yang telah menDidik insan ini ,menemani kehidupan insan ini,yang telah berkongsi sUka&dUka bersama...mungkin mata kita tidak pernah bertentang,kata2 kita tidak pernah didengari bersama tapi hanya PENULISAN ,segala cerita dikongsi bersama...yang menyatukan kita...dan yang paling penting,AGAMA ISLAM  lah yang menyatukan kita sebagai satu  ummah.

P/S:Alam pekerjaan telah ku jejaki...dOAKAN saya cepat dapat Kejew ea...dan diharapkan Smg ALLAH permudahkan uRusan kalian juga ea..amin..

Monday 4 July 2011

Bila fOlder Qaseh e2 dibuka...

Assalammualaikum w.b.t.Alhamdulillah,mempunyai waktu untuk terus menggunakan jari-jemari ini...Apa khabar kalian???Smg kalian sihat dan bahgia selalu...amin...Duk asyik xplore phone tetiba rajin untuk buka folder 'Qaseh".So,segala mEsej2 yang ada dibaca satu  persatu...Antaranya:

Perjuangan  itu ibarat ranjau bertatah duri-duri  yang mencengkam leluhur daging.Ditarik ia sakit,ditolak jadi nanah.Tp,bagi seorang pejuang..Kesakitan  itu ibarat tiupan lembut  angin dari  jannah&tegukan air ,penyejuk tekak di padang pasir..'tINGGALkanLah rasa duka semampumu kerna memikul beban duka boleh membuatmu gila.Kelmarin Tuhan telah menolongmu.Percayalah,esok pun Dia masih akan tetap menolongmu..'

"Wanita cantik menurut islam   adalah :
  1. melukis kekuatan melalui masalahnya..
  2. Tersenyum di saat tertekan ..
  3. Tertawa di saat hati sedang menangis
  4. Tabah di saat terhina..
  5. Mempersona kerana memaafkan..
  6. Mengasihi tanpa meminta balasan..
  7. bertambah kuat dalam doa dan pengharapan ilahi..
KAWANKU...Kiranya waktu sekejap itu menjadi kenangan untuk kita  ingati sepanjang zaman,ingatlah aku selagi  kau mampu..Jika pula masa mendatang  memisahkan  keakraban yang telah bertahun terbina,Ukirlah secebis "tentang aku" di hatimu ,agar nanti tika bersua kau masih mengingati siapa diriku...

Alihkan matamu ke laut,airnya cantik membiru&penuh ketenangan,tetapi hanya Allah saje yang tahu rahsia di dalamnya,begitulah dengan kehidupan manusia,riang ketawa,tetapi hanya ALLAH  yang tahu rahsia kehidupannya,jika kau rasa kecewa,pandanglah ke sungai,airnya tetap mengalir  biarpun berjuta batu menghalang,jika kau rasa sedih,pandanglah ke langit,kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.

Kadang-kadang kita fikir,pilihan kita adalah terbaik.Tapi,ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita...

"Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi banyak pula dugaan datang,kadang-kadang  kita minta cerdik tapi masalah pula yang bertandang,kadang-kadang kita minta kebahgiaan  tapi huru-hara pula menjelang.Dugaan menjadikan mental kita kuat,masalah menjadikan kita berfikir,huru hara menjadikan kita tabah.Hebatkan Allah..Semuanya ada hikmah...Kalaulah manusia tahu hadis ini.."telah berkata JIBRAIL A.S.."Wahai Tuhan,Engkau sampaikanlah hajat hambaMu,maka Allah menjawab:"Biarkan hambaku itu,kerana Aku mencintai rintih suaranya"..

Bila kita terlalu fikirkan dunia ,tanpa kita sedari,kita lupakan akhirat..ingat,akal kita satu..Mampukah kita membahagikan fikiran kita kepada dua dalam satu masa??muhasabah diri..

Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah  r.a,beliau berkata Rasulullah s.a.w  bersabda ,maksudnya "Demi Tuhan yang diriku berada ditanganNya ,sekiranya kamu tidak pernah berbuat dosa,nescaya ALLAH akan  mematikan kamu semua,lalu mengganti dengan suatu kaum yang berbuat dosa,lalu beristighfar  kepada Allah dan Allah pun mengampuni mereka."

Bila ada sahabat atau seseorang memerlukan perhatian atau bantuanmu ,atau meminta maaf atas satu kesalahan,itu kerana ia menghormati&menghargai  kebaikan yang pasti ada dalam jiwamu..kau dapat menghormati  juga meninggalkan permintaan itu,atau kau meninggalkannya di tengah jalan sendirian..sungguh,Allah Maha Penyayang..

"Dan orang-orang yang berjihad untuk(mencari keredhaan)Kami.Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan2 kami.Dan sungguh ALLAH beserta orang-orang yang berbuat baik.."Ar-Ruum ayat 69

Jangan bimbang atau takut apa yang akan diedit oleh manusia lain tentang keburukan diri kita,tapi,bimbang&takutlah tentang apa yang akan diaudit  tentang diri kita oleh malaikat pencatat amalan baik dan buruk yang amanah akan tugas mereka  tiap detik...

Dalam kita berukhwah kerana Allah,pasti hati akan diuji,terkadang hingga diri tertunduk lemah,betapa kerdilnya diri di  hadapan Allah,tak mampu keseorangan dalam melayari kehidupan.Perlunya teman penyuluh perjalanan yang kabur..itulah perlunya satu ikatan ..Thanks too Allah,4 let me know u..Salam ukhuwah.

"Setiap pekerjaan itu hendaklah dimulakan dengan niat.."

Hargailah bila berdua,Sayangi apabila bersama,Maafkan apabila terluka,Rindui apabila jauh di sana,Fahami apabila berprasangka,ingati saban ketika,Kerana Allah kasih tercipta..

Biar diri berjauhan asal hati diikat nur kecintaan,padamu teman ku ukir kalam kenangan ,Secebis ingatan membuatkan kita merasai indahnya persahabatan,suka duka,tawa hiba,gembira kecewa,adalah asam garam perjuangan.dari kejauhan ku pohon moga dirimu diberkati Allah,bersama kita layari bahtera perjuangan dengan bersandarkan kasih-sayang dari Allah, biar jiwa terluka asal dapat menabur bakti untuk agama..

Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar,Di beri kaktus berduri.Aku minta kupu2,diberi ulat berbulu.Aku sedih&kecewa.Namun kemudian ,kaktus itu berbunga indah sekali..Dan ulat itupun menjadi  kupu2 yang cantik.Itulah jalan TUHAN,indah pada masaNya!TUHAN tidak memberi apa yang kita perlukan..kadang2 kita sedih,kecewa,terluka,tetapi jauh di atas segalanya Tuhan telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita...

Seorang teman adalah anugerah Tuhan untuk kita,kemana Dia pergi kita akan mencarinya,dari mana dia datang kita x perlu tahu,tapi kemana dia menghilang kita pasti merinduiNya.

Kirimkan surat pada waktu fajar:dakwatnya adalah air mata,kertasnya adalah pipi,tukang posnya adalah harapan dikabulkan dan alamatnya adalah ke Arasy..lalu tunggulah jawapannya..

Kiranya tiada CINTA insani untukmu,cukuplah CINTA ALLAH menjadi penyuluh hidupmu,kelak akan ada CINTA untukmu dari insan yang menyintai ALLAH sebagaimana CINTAmu terhadapNya..

 Andai ini 1 ujian,andai ini 1 cabaran,andai ini 1 pertempuran,ayuh kita gempur hingga ke titisan darah terakhir,Jangan ada lagi tangisan,hanya keringat jadi sandaran..

Bila hati berjuang kerana Allah,Dugaan itu tempat bersinggah,keperitan ditelan sebagai juadah,kejayaan dianggap mimpi indah,smg Allah BERi kekuatan untuk teruskan perjuangan..

"Trust in Allah won't make the mountain smaller,but will make climbing easier.Don't ask Allah for a lighter load but ask Him for a stronger back.."

I pray to Allah:grant u a MIND free from WORRY.a HEART free from SADNESS,a body free from SICKNESS&good EVERYTHING IN UR  LIFE...

p/s:Alhamdulillah,terima kasih untuk ingatan kalian kepada  insan ini..Tengok,segala mesej kalian  sudah dipostkan dcni...(shaiqAh,Nyah,k.ngah,K.WANA apiUM,K.aNISAH,Yaya,Syira,Shikin,Ojie..dan ramai lagi)bukan hanya sepi  di inbox sahaja..MGA TERUS KE ruang HATI...bAnyaK lagi mesej yang diberi tp,cukup setakat ini dahulu..insya Allah,bakinya akan disambung lain waktu.."Semoga segala perkongsian yang ada dikongsi bersama....^__^..sAyangi diri kalian&orang di sekeliling..Biarkan mereka terus tersenYum Bahgia...~_^..Wassalam..

BeRbaIk hATI...

     Assalammualaikum w.b.t.Alhamdulillah,dapat lagi menerobos alam MaYA  ini...Susah ea nak didik hati supaya ianya penuh dengan segala kebaikan..bukan setakat input,malah outputnya juga baik...bILA  hati mula berbicara kebaikan,tapi muncul  juga  kejahatan-kejahatan yang melarang kebaikan untuk dilaksanakan..Jadi,ape sebenarnya baik hati itu ea??Teruskan pembacaan kalian  agar ada  pEngisian kehidupan untuk kali ini...

     Baik hati adalah seMbOyan jiwa yAng mulia,petanda sifat kasih-sayang dan ilham dari Allah Yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui,yang Ia letakkan di lubuk hati sebagai anugerah dan kebaikan-Nya untuk menghilangkan dukacita dan menghapus air mata sehingga semua orang hidup bersaudara dan saling mencintai,tidak ada dengki,iri hati,mahupun permusuhan.Islam telah mendorong kita untuk berbaik hati dalam banyak ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi.

     Allah S.W.T telah sejajarkan antara sedekah dengan amar makruf dan memperbaiki hubungan antara sesama dalam firman-Nya.

"Tidak ada kebaikan di dalam bisikan-bisikan mereka,kecuali orang yang menyuruh  bersedekah,berbuat yang makruf atau memperbaiki hubungan antara sesama.Barangsiapa melakukan hal itu untuk mencari redha Allah maka Kami akan memberikan kepadanya pahala yang besar,"(An-Nisa':114)

     Bahkan Islam juga menjadikan nafkah yang diberikan kepada fakir miskin sebagai sifat mukmin yang paling menonjol.Allah berfirman,"Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang apabila 'Allah' disebut,hati mereka bergetar dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya kepadanya,ayat-ayat itu meningkatkan iman mereka dan kepada Tuhan mereka bertawakal,iaitu orang-orang yang mendirikan solat dan dari apa yang kamu berikan kepada mereka,mereka menafkahkannya.Mereka itulah orang-orang mukmin yang sejati."

      Rasulullah s.a.w telah mengkhabarkan kepada kita bahawa bersedekah dengan sesuatu yang sedikit seperti separuh kurma saja dapat untuk melindungi kita dari api neraka.Tidak diragukan lagi bahawa itu bertujuan untuk mendorong kita bersedekah dan menjelaskan hasil besar yang akan dipetik oleh pelakunya,meskipun sedekah itu sangat sedikit lagi remeh.Baginda s.a.w telah mengatakan,"Takutlah akan neraka meskipun hanya dengan separuh biji kurma."

      Baginda juga mengatakan,"Sedekah dapat menghapuskan kesalahan(dosa)sebagaimana air memadamkan api."
Kerana itulah maka banyak orang baik hati dan rajin bersedekah pada masa-masa kejayaan islam.Tetapi sedekah hanya diterima bila ia bebas dari pengungkitan dan penghinaan.

Wallahua'lam...