Friday 2 November 2012

bILA JaRI KemBali pUlanG...

Assalammualaikum w.b.t...

Lama sudah tidak kutatap...
Hadirnya  pernah suatu ketika..
BILA??Semasa persiapan penulisan audit...
Ia mengajar bagaimana jari menyusun ayat...
Bagaimana nombor dan abjad berlegar-legar di fikiran..
Lantas disatukan menjadi ayat-ayat di atas tulang-belulang yang padat..
Bukan mudah..Tapi Indah....
Kerana ia juga penyampai  kata-kata hati..
Walau ada batasan yang diberi..

Rindu menyapa diri....
Gembira memakukan ayat-ayat indah..
Bukan dijadikan  permainan di alam maya..
Tapi sama-sama untuk kita  fikirkan..
Sama-sama untuk kita kongsikan...
segala yang baik dijadikan teladan ..
Yang buruk dijadikan sempadan...
Alhamdulillah,Terima kasih YA Rabb..
Di atas kurniaan ilham..
"Blog Qaseh Syahadah" ialah hadiah...

     Alhamdulillah,sempat menarikan jari-jemari ini di waktu yang sunyi,tatkala insan lain menyepikan diri....Terima qaseh pada yang sudi ziarah blog ini ea...Cuba mengambil masa yang diberi ini dengan sebaik-baiknya...Alhamdulillah,berpeluang membeli buku Cinta high class&Cintaku kerana agamamu karya Fatimah Syarha dan  Dr.Farhan Hadi..Cuba dapatkan di pasaran..Bagi saya,novel ini penuh dengan  pengisian2 hidup...sesuai dengan kehidupan saya SekarANG  dalam bidang kesihatan dan dalam masa yang sama di mana mempersiapkan diri menjadi solehah untk pemilik hati yang saya tidak ketahui siapa..Semoga pertemuan kita adalam pada masa yang tepat dengan cara yang Indah..."Jodoh saya,Pemilik hati "..


         Ada dua buah buku lagi yang sedang dalam pembacaan iaitu 100 Pesanan Terakhir Rasulullah karya Muhd Nasruddin Dasuki dan Kemuliaan Akhlak dan Amalan Wanita Solehah karya Dr.Muhammad Ali Hashimi...Semoga ianya bermanfaat untuk kita bersama..Semoga kalian dirahmati Allah selalu..ameen..Wassalam..