JalAn Yg aDa MaSiH KeLihaTaN..TaPi PeRJaLaNaNNyA SuKAr dIpErhItunGKaN..pAnDaNgLaH jAuH kEhAdAPaN wLu SetEBaL MaNa kAbUs DjAlAnAn...
Friday, 15 February 2013
GarisanMu...
Berkali-kali cuba ku hampiri
Garisan penamat usaha
Merentang di depan mata
Bertali arus langkahku tak terus
Garisan ku rasakan halus
Tak bisa ku tembus
Pemisahnya cuma aku
Dan doa pada diri Mu
Antara putus asa sia-sia
Atau terus mara membara
Oh
Ya Rabbi Ya
Bantulah hambaMu
Ya Rabbi Ya
Luruskan hatiku
Ya Rabbi Ya
Kupinta hidayahMu
Meneruskan sisa usiaku
Ya Rabbi Ya
Hanya kepadaMu
Ya Rabbi Ya
Tempatku mengadu
Ya Rabbi Ya
Kupinta rahmatMu
Melimpahi (kehidupanku)
Hidup dan matiku
Semua hanyalah untukMu
Allah Tuhanku yang Satu
#pEngisian lirik nAsyid#
KeRAna Rama-Rama.....
Assalammualaikum...
Alhamdulillah,punyai masa untuk menarikan jari-jemari kurniaan ilahi di sini..
Peringatan di sini,segala kata2 peringatan di sini bukan milik saya...kebanyakannya diperolehi daripada pembacaan&blogger lain yang sangat memberi kesan di hati saya.Saya pahatkan di sini agar ianya tumbuh mekar di hati sedikit demi sedikit& juga dalam amalan...Alhamdulillah,berkesempatan bercuti ke Melaka.Terima kasih K.Zu untuk layanan terbaik daripada keluarga akak..Saya rindukan untuk pertemuan seterusnya,l'allah.Kerana esok cuti,jadi saya gunakan masa yang ada ini untuk memberi pengisian...moga bermanfaat untuk kalian...
*******************************************************************************
Cantiknye seekor rama-rama...uniknye ciptaan Allah ini...kebolehannya untuk terbang dari satu bunga ke bunga yang lain membuka mata saya tentang kebolehannya itu dapat membantunya untuk merasai bunga2 lain@suasana lain....kalian ada terfikir sesuatu??Syukur alhamdulillah,kita diberi kekuatan&keupayaan oleh Allah s.w.t untuk melakukan pergerakan...Bayangkan kalau kita umpama batu..tetap pada kedudukan asalnya kecuali ada faktor luar yang menggerakkannya yakni dengan bantuan...kerana sukakan rama-rama jadi saya memilih rama-rama sebagai signifikan post kali ini...
Hijrah!berhijrahlah ke arah yang lebih baik...kadang-kadang kita hanya inginkan perubahan drastik kan?..x pe...Mulakan langkah pertama agar kita boleh teruskan ke langkahan seterusnya...jangan fikirkan cepat@lambatnya langkah itu,laksanakannya!selagi x b'tentangan dengan agama kita...Kalau situasi di wad tempat saya b'kerja sekarang,saya dapat melihat perubahan dari seorang yang terlantar lemah di atas katil hingga dapat bergerak turun dari katil berlegar dalam kawasan wad&senyuman sentiasa terukir di bibirnya...banyak perkara yang boleh dilakukannya setelah boleh bergerak...Subhanallah...Saya SAYANG pesakit saya...Terima kasih YA ALLAH....
*********************************************************************************
Kerana RAma-Rama...
Friday, 18 January 2013
sETiAp jejAk,aDa "Tapak" dLM Hati....
Assalammualaikum...
Bismillahirrahmannirrahim....
Langkah dimulakAn dgn kaki kaNan....Udara seGar menyapa...
Kadang2,geLap mendahului,kdg2 Terik sang mentari menerangi....
Seorang hamba Allah yang terus-menerus melafazkan kesyukuran....
dia masih bernafas....matanya masih melihat....telinganya masih mendengar...
masih buleh bergerak...bukan kaku....
Sunyi-sepi pengiring arah...
dibukakan pintu e2....
Surau di bahagian kiri...
bertemu pula dengan bilik 'barang kotor'
seterusnya bilik barang bersih...seterusnya stor...
sebelah kanan pula bilik prosedur....
jalan ke depan sikit jumpelah kaunter...
apa tunggu lg,log in masuk keje kat pc...
letak beg...kluar alat2 yg sewaktunye yang diperlukan semasa kerja...
tengok jadual keje takut ada perubahan asignment oleh KJ...
PASTU tengok patient dari satu bilik ke bilik...asess dari "A-Z"...
sedia untuk terima report....
k,dah settle terima report,klu pagi,ramai2 wad bed making....
pastu prepare ubat...
ambik vital signs&charting...
bAgi iv....
follow dr round...
laksanakan plan DR&nursing care...
dan byk lg yg sewaktu dengannya...
e2 semua yang fizikal....
apa pula yang paling ada' tapak' dlm hati...
sebalik penerimaan pesakit terhadap penyakitnye...
kalau sesama muslim apakah sudah di sampaikan ingatan tentang ibadah&Pengisian rohani...
penerimaan ubat yang halal...
peranan kekeluargaan....
utamakan kesabaran&keikhlasan....
mental imaging dengan menjadi diri sbg pesakit..apa keperluan mereka...
kenali pesakit,budaya&agamanya juga...
ada pula ikatan-ikatan tali yang tersimpul kuat...
disitulah teamwork satu ward@dengan wad lain.Tidak dilupakan dengan healthcare worker lain...
dietition,physiotherapy,pharmacist,diabetic educator,speech therapy,radiology...social welfare&sewaktu dengannya...
Maafkan saya untuk penulisan tidak formal ini...byk nak share tapi kebanyakannye melibatkan privacy.Cukup sekadar ini..Berkongsi mana yang mampu...utamakan kesihatan kalian..sihat sebelum datangnya sakit..Wassalam..
Tuesday, 15 January 2013
PeLangi kEhidupan...
Assalammualaikum..
Alhamdulillah,masih mampu menggerakkan jaRi-jemari ini...teruskan pengisian kehiduPan..Kenapa tajuk entry peLangi kehidupan yea?...
Pelangi merupakan salah satu ciptaan Allah yang sangat indah...Bahkan kita hanya mampu melihatnya selepas hujan...bukan mudah untuk melihat sesuatu yang indah...hanya bila kita punyai PELUANG... yA ALLAH,dahulu jiwa saya penuh dengan fikiran negatif yang lama-kelamaan menutup ruang untuk saya melihat "pElaNGi"...Alhamdulillah,ruang itu sudah dibuka sedikit demi sedikit dengan hidayah daripadaMu..alhamdulillah,walau diuji kini kekuatan yang diberi semakin bertambah..diakui,apa yang ada di sekeliling kita adalah ujian buat kita sebenarnya...
Selain itu,saya selalu memikirkan macam mana menjadikan kehidupan bagaikan pelangi....Tanpa disedari sebenarnya saya sudah dalam "pelangi"...macam mana tue?...keNali diri&tujuan penciptaan...Contohnya,saya seorang manusia...diciptakan oleh Allah sebagai hambaNya dan khalifah di muka bumi...mengabdikan diri kepada Allah, tujuan utama penciptaan...hasanah di dunia&di akhirat sentiasa dalam doa..Selain itu, tanggungjawAB sebagai anak,kakak,adik,cucu,anak sedara,wanita,jiran dan macam2 lg.kini,seorang jururawat...Bila diingat kembali zaman baginda RAsulullah s.a.w dahulu dimana kehidupannya adalah penuh dengan "memberi".Pemberian akhlak+tenaga+kesungguhan dan pelbagai lagi oleh Baginda adalah sepenuhnya untuk agama Islam..Benarlah " Erti Hidup pada memberi".Berbalik kepada amanah saya sebagai jururawat,bukan sekadar merawat pesakit,mungkin saya mampu menjalankan amanah untuk ummah juga...maksimumkan amanah yang ada untuk 'pelAngi kehidupan'!!!!Bagaimana dengan kalian??fikir-fikirkan..Sesungguhnya,entry ni adalah peringatan untuk diri ini...Teruskan berjuang untuk rakan blog...wAssalam
Tuesday, 8 January 2013
Untaian lirik indah
Assalammualaikum w.b.t.
Alhamdulillah,punyai masa untuk menggerakkan jari-jemari nie...cuti yang ada ,dimanfaatkan semaksimum mungkin.TinggalkaN sebentar dunia pekerjaan.Teruskan pengisian kehidupan....Tergerak hati nak share lirik nasyid nie.
Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambamu
Kusering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu
Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagiku ingat petang kualpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMU
Aku lemah aku jAhil
Tanpa pimpinan dariMu
Ku sering berjanji di hadapanMu
Seringkali ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula
Kau Pengasih
Kau Penyayang
Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkahku kepadaMu
Seribu langkahMu kepadaku
Tuhan
Diri ini tidak laYak ke syurgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ku takut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku selamat dunia Akhirat
Seperti Rasul dan sahabat
Seperti Rasul dan Sahabat
Monday, 7 January 2013
CerMiN dIrI...
Cahaya dimatamu...
rindu dibibirmu..
membuat seribu tanda pertanyaan...
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan..
disaat begini aku merindukan...
Assalammualaikum...
NyaTA mERInDU insan2 yang tersayang..
Dikala ini terasa sepi..
hanya angin dan daunan kering berlegar riang
apa yang dicari
cuba muhasabah diri
makin tak kenal diri
kembali menyingkap ciptaan ilahi
kembali kenali diri...
Dunia itu...
ditemani katil-katil dan insan yang dahagakan rawatan..
tapi
kutemui insan-insan yang dahagakan qaseh sayang ilahi
Sayang dari keluarga senDiri
bukan merintih simpati
apa terdaya
ku cuba menjadi sebahagian kalian semampu yang buleh
apa yang ku yakini
kalian adalah sebahagian dari didikan ilahi
agar diriku mengerti
Agar mensyukuri nikmat yang diberi
YA ALLAH,
kurniakan kesabAran sedalam-dalamnya pada diriku
agar pekerjaan ku adalah ibadah
keikhlasan peneman diri
kejujuran amanah yang ditepati
jauhkan dari dosa meMBelenggu diri
rahmati perjuanganku
dari insan biasa
yang bertatih dijalanMu
ajar diriku istiqamah dijalanMu
YA ALLAH,
adakalanya ku tewas..
apaBila emosi& nafsu menguaSAI DIRI
bukan mudah berhadapan sesama manusia
yang banyak ragamnya
yang kadang2 menguji tahap kesabaran..
yang sukar difahami...
lupakan dunia itu...
cuba kenali diri
seorang wanita
dianugerahkan ibubapa penyayang,penyabar
6 orang adik beradik penyeri
3 putera
3 puteri
2 anak buah soleh
seorang solehah,iallah
semuanya permata hati...
berjalan melihat dan metafsir
bayi yang dikendong dengan kasih-sayang
kanak-kanak yang riang bermain
remaja yang bersama teknologi
golongan dewasa yang banyak komitmen
wargatua yang membimbing anak muda...
sangat Meriah....
rakan Cermin diri..
cantik!!!
wanita bErpurdah Cantik...
canTik pemakaian diri
cantik juga akhlak diri
diriku bukan sepertimu
moga akhlakku sepertimu
segak!!!
Pemuda yang melangkahkan kaki ke masjid
dengan kain pelekat lagi
menyahut pangggilan ilahi
membimbing orang tua
agar selangkah bersama...
sejuk mata melirik
kudoakan dalam hati agar dikurniakan insan sebegini
yang buleh memimpin diri...
Cetusan rasa..
Maafkan diri..2013
rindu dibibirmu..
membuat seribu tanda pertanyaan...
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan..
disaat begini aku merindukan...
Assalammualaikum...
NyaTA mERInDU insan2 yang tersayang..
Dikala ini terasa sepi..
hanya angin dan daunan kering berlegar riang
apa yang dicari
cuba muhasabah diri
makin tak kenal diri
kembali menyingkap ciptaan ilahi
kembali kenali diri...
Dunia itu...
ditemani katil-katil dan insan yang dahagakan rawatan..
tapi
kutemui insan-insan yang dahagakan qaseh sayang ilahi
Sayang dari keluarga senDiri
bukan merintih simpati
apa terdaya
ku cuba menjadi sebahagian kalian semampu yang buleh
apa yang ku yakini
kalian adalah sebahagian dari didikan ilahi
agar diriku mengerti
Agar mensyukuri nikmat yang diberi
YA ALLAH,
kurniakan kesabAran sedalam-dalamnya pada diriku
agar pekerjaan ku adalah ibadah
keikhlasan peneman diri
kejujuran amanah yang ditepati
jauhkan dari dosa meMBelenggu diri
rahmati perjuanganku
dari insan biasa
yang bertatih dijalanMu
ajar diriku istiqamah dijalanMu
YA ALLAH,
adakalanya ku tewas..
apaBila emosi& nafsu menguaSAI DIRI
bukan mudah berhadapan sesama manusia
yang banyak ragamnya
yang kadang2 menguji tahap kesabaran..
yang sukar difahami...
lupakan dunia itu...
cuba kenali diri
seorang wanita
dianugerahkan ibubapa penyayang,penyabar
6 orang adik beradik penyeri
3 putera
3 puteri
2 anak buah soleh
seorang solehah,iallah
semuanya permata hati...
berjalan melihat dan metafsir
bayi yang dikendong dengan kasih-sayang
kanak-kanak yang riang bermain
remaja yang bersama teknologi
golongan dewasa yang banyak komitmen
wargatua yang membimbing anak muda...
sangat Meriah....
rakan Cermin diri..
cantik!!!
wanita bErpurdah Cantik...
canTik pemakaian diri
cantik juga akhlak diri
diriku bukan sepertimu
moga akhlakku sepertimu
segak!!!
Pemuda yang melangkahkan kaki ke masjid
dengan kain pelekat lagi
menyahut pangggilan ilahi
membimbing orang tua
agar selangkah bersama...
sejuk mata melirik
kudoakan dalam hati agar dikurniakan insan sebegini
yang buleh memimpin diri...
Cetusan rasa..
Maafkan diri..2013
Subscribe to:
Posts (Atom)











