WahAi semangat muda sahabat remaja
Gelora juang menyemangatimu
Mengalir dari sukma
Menuju celah-celah cahaya
Mencari redha yang kuasa
Wahai semangat muda sahabat remaja
Engkau adalah gelombang air
Yang memercik batuan
Terpisah kerana keserakahan manusia
Engkau adalah embun
Yang bergayut di atas daun
Terpisah kerana rasa dengki mentari pagi
Oh...Semangat muda sahabat remaja
Mari taburkan iman dan takwa
Di taman pengabdian dan mewangi semerbak
Dengan tadabur Al-Quranmu
Dengan takafurmu
Dengan zikir mautmu
Dengan zikrullah
Hingga bunga-bunga mahabbah
Putik-putik jihad
Tangkai-tangkai ukhuwah
Getah-getah darah syuhadah
Menghiasi taman syurga
Mujahid CInta by Irwanto Al-Krienciehie
No comments:
Post a Comment