Bayu..sampaikan berita daku kini ceria,aman dan bahgia..
Daripada MR G
Bismilahhirrahmannirrahim...
Assalammualaikum w.b.t..SyUKUR alhamdulillah,dikurniakan akal yang sihat dan masih lagi merasai segala nikmatMu YA ALLAH.Selawat dan salam untuk jujungan mulia Rasulullah S.A.W.Semoga diriku dan umat islam yang lain mendapat syafaatMu kelak..ameen
Terlebih dahulu,nak ucapkan Tahniah&Selamat pengantin baru kepada Abang Long(Mohd Khairol Fitza)& pasangannya(Faezah Othman) kerana selamat diijabkabulkan pada 17 Mac 2012 lalu..Semoga pasangan ini dirahmati Allah dalam pembinaan keluarga Sakinah dan dikurniakan zuriat yang soleh&solehah..ameen
Sekian lama ingin membaca novel "Denyut kasih medik"akhirnya tercapai jua.Alhamdulillah.Walaupun novel ini sudah hampir 2 tahun diterbitkan tapi,moga pengisiannya tetap utuh hingga kini.Insya Allah.Novel karya Dr.Farhan Hadi ini mengisahkan tentang kehidupan seorang doktor pelatih yang bergelar houseman(HO).Berbekalkan semangat&keimanan yang teguh,doktor muda itu menjadikan kesibukan kerja di hospital sebagai medan untuk menegakkan deen Allah,bukan alasan untuk melupakanNya.Doktor pelatih itu juga berusaha untuk membimbing rakan-rakannya yang sedang hanyut dalam arus kemodenan ke arah ketaatan kepada Allah s.w.t.
Novel ini juga dekat dengan realiti kehidupan masyarakat kerana seorang doktor semestinya akan berdepan dengan pelbagai kisah masyarakat daripada pelbagai lapisan dan peringkat umur.Peluang itu digunakan sebaik-baiknya untuk menghadiahkan madu dakwah.Realistik dan penuh informasi,novel ini menyentuh isu-isu fiqh perubatan dan fiqh wanita yang mudah untuk bacaan umum.Banyak persoalan masyarakat tentang masalah fiqh perubatan yang mungkin belum terjawab di benaknya.Halal@haram seringkali mengelirukan,padahal kedua-duanya amat jelas.Buku ini tampil merungkai pelbagai situasi penting yang melibatkan pertalian bidang perubatan semasa dengan hukum-hukum fiqh.
Selain itu,ia turut menyelitkan fiqh cinta.Takkan sempurna impian dan cita-cita seorang doktor muda tanpa memikirkan dan melalui persoalan ini.Al-Quran dan al-Sunnah memandu pilihannya.Golongan pembaca remaja dan muda-mudi pasti tersenyum mengutip panduan tentang fiqh cinta.
:::::::::::::::::::*:::::::::::::::::::::::
Bagi saya sendiri,novel ini mengembalikan segala peristiwa&kenangan2 masa posting dulu.Persoalan yang dikupas dalam novel ini sama juga dengan persoalan di fikiran saya ketika itu..akhirnya terjawab&diceritakan di sini...Di sinilah jiwa Pesakit di isi dengan makanan rohaniah yang membuat mereka lebih tabah&redha dengan segala ujian Allah.Melihat ujian hidup mereka menjadi cermin untuk kita sebenarnya dalam menghargai nikmat kesihatan yang sebenarnya..Terima kasih untuk doktor MO&HO yang baik2 belaka dan sudi berkOnGSI ILMU dengan saya..Terima kasih juga UntUK yang bergelar doktor@bakal menjadi doktor yang telah@akan merawat kami sekeluarga....Semoga Allah memberkati hidup kalian dalam mencari Redha Allah..ameen.Wassalam..
No comments:
Post a Comment