Wednesday 5 October 2011

Kemana lagi engkau mencari teladan?

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku

Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


Assalammualaikum…Lirik2 InI Menjadi halwa telinga ketika diri ini   dalam PeNgajian lagi…Selalu bErhadapan Dengan Orang sakIt dan adakalanya Diri SendIrI Jugak SakIt..BARULAH hargai  Nikmat Sihat  yang ALLAH bagI Masa sakit Tue..mAkLumla,mAcam2 pErkara TErGANGGU..NAK MAKAN X DA SeLERA..NAK BERGERAK pUn badan rasa bErat n macam2 lagilah masalahnya kan…IkuTi kata2 dalam Buku “MENgAPA RASULULLAH S.A.W tIdAK pErnah SakIt…Sebagai PErkONgsian UNtUK kali INi…(^__^).

Rasulullah berkata”Kenikmatan pertama yang perlu dipertanggungjawabkan oleh hamba
Allah pada hari kiamat adalah berupa pertanyaan,”Bukankah kami menyihatkan tubuh kamu dan Kami hilangkan dahaga kamu dengan  air yang dingin?”

Rasulullah menyambung,
“Tidak seorang pun diizinkan bergerak daripada kedudukannya pada hari kiamat sehingga dia menjawab bagaimana dia menghabiskan hidupnya,bagaimana dia menggunakan pengetahuannya,dari mana dia memperoleh dan  kemana dia membelanjakan hartanya dan bagaimana dia menggunakan kesihatannya.”

 
Duhai insan,
Kemana lagi engkau mencari teladan?
Sudah usai perjalanan semua kafilah pencari kearifan,
Prototaip terakhir yang paling sempurna daripada Tuhan,
Kisah lelaki anggun 14 abad silam yang tidak hilang ditelan zaman.

Disanalah terminal akhir itu bermuara,
Oasis sejati bagi sahara jiwa-jiwa dahaga,
Mata air kecemerlangan yang tidak pernah kering ditimba,
Sepatah kata daripadanya,bertabur luapan cahayanya kepada  kita,
Disegala ruang dan waktu,namanya sentiasa hidup menggema.


Ku cuba tuangkan sepotong fragmen hidup sang Mustafa.
Berkenaan putih bersih giginya ketika  senyum ceria,
Tahukah dari mana asal harum semerbak kelopak mawar beraroma?
Para sufi kononnya pernah berkata,
“Merekah mawar mewangi,berasal daripada titisan keringatnya,
Yang jatuh ke bumi saat ia bersama Buraq mendaki langit.’
Berkenaan jejak tikar yang membekas pada wajah tampannya
Ketika ia terjaga,
Meskipun Semua pintu langit mempersilakannya,
Dia yang seumur hidupnya hanya sakit dua kali sahaja.

Meskipun berat amanah yang dipikul di bahunya,
Beliau memilih menjadi nabi yang berpenAMpilan rakyat jelata,
Meskipun berlimpah tawaran menjadi nabi yang kaya berkuasa raja,
Berkenaan  kesederhanaan  makan minumnya,
Berkenaan ia yang ketika wafat hanya memiliki harta tujuh dinar sahaja,
Meskipun kunci masyrik dan maghrib kelak berada dalam genggamannya.

22 tahun beliau menjajakan cahaya,
Merajut kesempurnaan cinta,
Dan apa yang diperlukan manusia.

Kelak apabila ufuk pengetahuan sudah sempurna,
MenYinGKAP  KESOMBONGAN  peradaban maya.
nEscaya terbeliak setiap mata,
Kesempurnaan dirinya,
Hidupnya Disalah fahami orang yang buta hatinya.
Bahkan sehingga kini,
Kekejian pun masih difitnahkan kepadanya,
Padahal hanya dia satu-satunya manusia,
Yang namanya bersanding dengan Tuhan SEmesta alam…

Ya Nabi salam alaika,
Ya  Rasul salam alaika,
Ya habib salam alaika,
Salawatullahi alaika…
   

kATA2 LAIN :
“Islam adalah agama kehidupan.Apabila dihubungkan  dengan ilmu pengetahuan,semakin jelas relevannya.Dahulu  umumnya,orang memahami istilah perubatan islam terbatas pada pengertian peribadi muslim.Tetapi sebenarnya,istilah perubatan islam itu  MEluas,mencakupi asas ilmu perubatan itu sendiri.”

“Islam pernah memegang tampuk peradaban  dunia sejak tahun 750 masihi sehingga 1350 Masihi.Perlu diingatkan,ketika zaman peradaban Islam ini,tidak pernah terjadi sekalipun perang dunia sehingga menelan angka korban yang melampau.”

“Beribadah apa yang baik dan benar.Antara manfaat yang akan kita petik adalah kesihatan jasmani dan rohani yang terpelihara.”

“kesihatan adalah nikmat yang tersembunyi,Seperti mahkota di atas kepala orang yang sihat dan hanya dilihat oleh orang sakit”

“Andai kata kamu melihat orang yang berada di hujung nyawanya ataupun mempunyai penyakit terminal,pertama sekali yang perlu kamu ucapkan dalam hati adalah.”terima kasih Tuhan kerana Engkau masih memberikan aku kesIhatan yang luar biasa nilainya.”

P/S:dAPATKAN bUKu  iNI uNtuK KEFAHAMAN YaNg LEBIh  MENdALAM LAGI YeP...hArgai Segala nikmat yang DiBerI,sEMOGA kITA BeRSAMA Ilahi,HiDuP dBeRKATI,dIrI dISAYANGi...aMiN



 

No comments:

Post a Comment