Wednesday 9 November 2011

:::::KeLAHIRAN::::


ASSalammuaLAIKUM w.b.t...

Alhamdulillah,saya masih dapat pinjaman setahun daripada ALLAH hari ini..TAPI,SIAPA TAHU UNTUK TAHUN BERIKUTNYA???ALLAH MAHA MENGETAHUI...


IST TIME share penulisan hari lahir kat blog tersayang nie.chewah..

:::::uCapan2::::
Happy bufday!!
Selamat HARI Lahir…
Sanah helwah dan macam2 lagi…
AlhamDuLILLAH,KIRIMAN DOA  juga turut dipanjatkan.Terima qaseh kepada kalian yang sentiasa di sisi saya secara lansung dan tidak lansung.Saya amat hargainya…
Ummi,terima Qaseh KerNA MELAHIRKAN  saya.jerih perih ummi melahirkan saya hanya ALLAH yang DAPAT MEMBALASNYA…Saya telah saksikan secara lansung proses kelahiran e2..bukan teori@video semata2,tp,real di depan mata masa praktikal dulu..Suatu PROSES yang rumit dan memerlukan kekuatan dalaman seorang ibu.Anda bayangkan,bagaimana seorang ibu e2 hanya nak anak dia selamat jew  lahir ke dunia..biar dia yang tanggung sakitnya..”SUBHANALLAH”….e2 sahaja kalimah yang  berterusan keluar  di mulut saya tatkala  melihat  bayi2 selamat dilahirkan…

:::::MAKAN2 ::::
TEriMA QASEH UMMI untuk jamuan hari ini..Chek Gembira&syukur sangat coz dapat meraikan hari kelahiran chek dengan keluarga tercinta&jiran tetangga kat KG.GAJAH nie..JIRAN2 YANG BeST dan amat m’ambil berat kat Taman perumahan nie…SyuKUR…moga ALLAH tautkan kasih-sayang dalam  persaudaraan ini..ameen.Kek UMMI sangat sodap…
SeUsAI makan2 tue,dapatlah kiriman doa nie…
“Mak Cik Siti doakan Hanim cepat dapat koje(kerja),cepat kawin..ameen..Semuanya CEPAT2 LAH…heheh…Saya hanya  senyum,x perlu kata apa2…

:::::KinI:::::::::
KINI DAH ABIH BELAJA…kIranya chek telah tunaikan salah satu amanah ummi ngan abi..Tiada perkara lain yang mengganggu fikiran chek skrg..abg yang pun dah nak kawen..next giliran saya pulak...adake calon??heheh..Soal jodoh,chek dah berusaha dan chek letakkan kepercayaan kepada qadA’ dan qadar ALLAH…Semoga  kita bertemu nanti ea  calon zaujiku…sedang berusaha untuk m’solehahkan diri untukmu&ummi n abbi..(tIbE2 MERAH MUKA NIE..)..UmmI&abbi,CheK syukur sangat dapat saudara n sahabat2  yang membawa chek dekat kepada Allah s.w.t  dan agama…chek hanya insan biasa,still mencari dan terus mencari ReDHA ALLAH…WALAUpun hanya insan biasa tetapi chek cuba menyampaikan segala kebaikan  yang menjadi peringatan kepada diri chek jugak..syukur,alhamdulillah…

::::::22 TahUn dah:::
Dah Tua ghUpanya cik HaNim NIE…UMUR MAKIN Bertambah.. macam mane pulak dengan Iman???TeRUSKAN PERkONgSIAN kalian  Dengan iNsan kerdil NIE DAN Sudilah kiranya MENEGUR SAYA uNtuK salah n silap saya..Saya amat m’alu2kannya…TerIMA qaSeh kalian…Moga ALLAH BeRKATI KeHidupan kalian didunia dan akhirat..amin…

Saya  mencari doa hari lahir sehingga saya  terjumpa doa ini di satu blog http://rafikasastras.blogspot.com ..  Halalkan perkongsian ini... Terima kasih..
"Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku  ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbul Alamin..."

No comments:

Post a Comment