Wednesday 23 November 2011

:::ReSAh GeLisah…


kEmbalikan lagI SenYumanmu iTu seperti dulu ....


ReSAh GeLisah…
InSan  tErChEnta  DiUjI  sAKiT LAGI…
Andai Bisa sAkIt  e2 DiPinDaHKAN PaDakU…
Biar BeRKuRANG sAKitnya e2…
Andai insan terchenta terluka,
Alihkan luka e2 kepadaku..
Biar ku rawat lukanya…
DeriTAnya diriku…X sanggup2…
RiNdU NAK TeNgOk UMMi seNyUM BALIK..
rInDu nak Tengok ummi ketawa sesama..
chEk NANGIS NIE UMMI..KAT LUAR x TuNJuk…
hAtI NI  dah basah dek Hujan ,uMmi..
adakah tUruNnya sampai x da pengHUjuNgnya…
mUNgKiN iNilah UjIAN Allah KEPADA sEoRANG  anak…
macam mana UmMI sembuhkan chek dengan hanya SenTuHAN uMmi,
kINi gIliRan chek UnTUk kembalikan “sentuhan ajaiB” uMmi tue dgn izin Allah..
Chek alirkan CINTA CHEK ni  uNTuK ummi..
Selagi dirimu bernyawa...
Agar UmmI RASA cInTA  e2..
SesUnGguHNYA X TERBaLAS JASAMU uMmi..
YA ALLAH,sEmBuHKAN lah  SAKIT uMMi…Ameen


Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu

Saturday 19 November 2011

•.♥•...MomEnTuM “SAYA” KePaDa “KITA” •.♥•...



ASSALAMMUALAIKUm w.b.t…

SuBhanallah..
Alhamdulillah…
Lailahaillallah..
AllahuakbAr…

SyUKuR alhamdulillah,ChEk& adik Eja masIh  bErnyawa lagi…Bisa bErnafas…alhamdulillah,Di beRi kEseMPATAN BeRADA di sebUaH TAMAN YaNg indah di luar Rumah nie…Rama2 B’tErbangan di seKeLILING “KITA”..Lihat Pula pEnJuru di sebelah kanan pula,ada kolam ikan dimana ikan2 melompat riang dek  kesan pemBeRIAN  makanan…Lihat pula PohOn2 YaNg Hijau daunnya umpama melAmbai-lambai disapa hEmBusan AnGiN yang terasa amat  sejuk  sekali…damai SuNggUh di SiNi..

Adik Eja,DenGaRkan  cErita cHeK NiE  satu persatu…lapangkan minda..pinjamkan mata..mata hati sekali..ha,x lupa telinga adik sekali…dengarkan..

Adik,bayangkan ada batu  yang teramat bEsar di hadapan adik sekarang nie..tapi hanya ada satu laluan tue je yang buleh adik dan saudara seislam kita lalui…macam mane nak buat ea??adakah “SAYA” cuba uNTuK  memindahkan batu  itu  sendiri  dengan menggunakan tenaga& kekuatan fizikal yang  “SAYA”  ada@biarkan sahaja batu itu terus menjadi penghalang???Adakah “KITA” bersatu hati UNtUk  berusaha untuk pindahkan batu itu??Bagaimana jika ada kecemasan yang menuntut  “KITA” untuk melalui jalan itu??SEbEnarnya lebih baik “KITA” berpadu memindahkan batu tersebut…benda yang  berat terasa ringan bila  ramai yang ToLOng untuk menghulurkan tangan untuk membantu…INdahnya “KITA”itu.. .

ADiK,

Adik melewati jalan pulang ke rumah..Dalam  jalan2 IRINGAN TASbIh  melihat   segala  ciptaan Allah,adik  t’tengok  kat hadapan adik ada  Mak Cik  Siti ,Jiran adik tue tengah angkat banyak barang,tangan kanan penuh dengan barang….tangan kiri pun penuh dengan barang…baru balik pasar rupanya…Jalan kaki je nak balik rumahnya…adakah biar”SAYA” tengok jew MaK cIk SiTI  dengan barang2nya itu@menolongnya???atau “KITA” sama2 angkat barang ni yea Mak CiK..

ADIK,

tENgOk bagaimana mesranya UmMI NGAN ABI…PErKAHWINAN  yg  masih bertahan kerana adanya “KITA” dalam mendidik&m’besarkan  kita adik-beradik…tiada perkataan&perbuatan yang melibatkan “SAYA”…HANYA “KITA” ….SesUnGGuHnya Cinta ITU INDAH SELEPAS KAHWIN..sUbhanallah.Maha hebat setiap aturan Allah,hanya dengan 1 sifat Nya maka bertebarlah seluruh makhluk di dunia berkasih-sayang..

 ADIK,
TenGoK SEMUT-SEMUT  di depan adik tue…kita hanya letak sekeping roti sahaja kat situ…tEngok,SEMUT2 TUE DAN PASUKANNYA iaitu ”KITA” mengangkat roti itu bersama2..bukan hanya biarkan  “SAYA” ..

Tanpa disedari,dari hanya adik Eja yang ada,adik Fatin pun ada kat sini..x lupa adik Ahmad,adik Marwan,adik Izzat,AdIk Siti Hajar,SoFia,Balqis,Amira…telah menjadi “KITA” rUpanya…PeRCAYA@tIdak  Kalian yg Sedang membaca bLoG INI  sebenarnya pun  telah menjadi  salah satu daripada “KITA”…SeSUnGGUHNYA, banyak SiTuasi MeLIBATKAN  “SAYA”kePADA “KITA”…situasi ini sesuai untuk tahap umur kanak2 yg mendengarnya,MuNGKIN BAGI KALIan  pUnya CerITA @siTuasi sENdIrI…apa yAnG diHARAPKAN moGA MAKNA YaNg tErsirat mengenai  MOMENTUM “SAYA” KEPADA “KITA”  dapat difahami BErsama  dan  terus mengamalkan yang baik darinya..Moga sama2 dapat manfaatnya..yang sedikit2 e2 lebih baik daripada yang banyak2 kadang2..KeKuatan Ummah  BeRMULA DARI setiap Individu e2 termAsUk  Diri kita sendiri yep!!PeRingatan  Bersama ..

P/S:Allah sudahpun memberi petunjukNya,dan ditakuti,selepAs InI,Dia tidak lagi iNgiN memberi petunjuk kepada saya,atas sebab saya tidak pandai menghargai petunjuk yang telah Dia berikan.Maka,bukankah pada hakikatnya saya hanya mEnZALIMI DIRI SAYA SENDIRI???...Alhamdulillah..tErima kasih  juga kepada iNsan2  DIsekeliling yang menDidik  saya secara lansung@x...kdg2,pEnGAJARAN hiDuP DIDAPATi  dr kalian..yang +ve telah saya jdkan pengajaran dan yg –ve juga sbg pengajaran tetapi di jadikan sempadan tuk saya lakukan perBuatan yg sama…kdg2 diri lalai  dEngan kemanisan Hidup di dunia  yg sementara,jangan berhenti unTuK sAling  MENGINGAtkan  DIRI “SAYA&KITA”..Wassalam..

Saturday 12 November 2011

::::Dirimu Umpama Bunga yang mEnawan::::

:::pEngisiAn::::

ASsalammualaikum w.b.t..SyUkUr alhamdulillah,MaSIh lagi bErnafas...MaSIh lagi mErasa NikmatMu lagi YA ALLAH...dALAM PeNcarian  IlMu&pEnGisian2  TERJumpalah sATu PeNuLISAN unTUk pEringatan DiRi dan Secara x lansung KePADA KALIAN JUGA..sEMOGA DAPAT MaNfaat bErsama..EmPuNYA BLOG;C.L.I.C.K 

  
Wanita muslimah laksana bunga yang menawan..
Wanita muslimah bagaikan sebuah perhiasan yang tidak ternilai harganya..
Teramat banyak yang ingin meraih bunga tersebut..

Namun tentunya tak sembarang orang berhak meraihnya, menghirup madunya.
Hanya yang dia yang benar-benar terpilih yang dapat memetiknya..
Yang dapat meraih pesonanya..

Dengan harga mahal yang teramat suci..
Sebuah ikatan amat indah, bernama pernikahan..
Kerana itu sebelum saatmu tiba..

Sebelum orang terpilih itu datang dan membawamu ke istananya..
Janganlah engkau biarkan dirimu layu sebelum masanya..
Jangan kau biarkan serigala liar menjadikanmu bahan permainan..
Jangan kau biarkan dia permainkan hatimu yang rapuh..
Atas nama taaruf atas nama cinta..

Kau tahu saudariku,  jika seseorang jatuh cinta..
Maka cinta akan membungkus seluruh aliran darahnya..
Dan menutup semua mata hati dan fikirannya..
Membuat seseorang lupa akan prinsipnya..
Membuat seseorang lupa akan besarnya fitnah ikhwan-akhwat..
Membuat seseorang lupa akan apa yang benar dan apa yang perlu dia hindarkan..
Membuat seseorang itu lupa tentang batasan pergaulan ikhwan dan akhwat..
Membuat seseorang serahkan segalanya supaya orang yang dicintai bahagia..
Membuat orang tersebut lupa bahawa cinta mereka belum tentu akan bersatu..

  

Saudariku,
Jangan sampai cinta menjerumuskanmu dalam lubang yang telah engkau tutup rapat sebelumnya.
Oleh itu, jika engkau mula menyedari adanya benih-benih cinta mulai tertanam lembut dalam hatimu yang rapuh.  Segeralah membuat sebuah benteng yang tebal lagi kukuh. Tanam rumput beracun disekelilingnya. Pasang semak berduri di pintu-pintunya.

Cinta sejati hanyalah pada Rabbul Izzati. Cinta yang takkan bertepuk sebelah tangan. Namun Allah tidak ego mendominasi cinta hambaNya. Dia berikan kita cinta kepada anak, isteri, suami, ibubapa, kaum muslimin. Yakinlah bahawa yang diberikan oleh Allah..

Yakinlah bahawa yang digariskan oleh Allah..
Yakinlah bahawa yang telah ditulis oleh Allah dalam Kitab-Nya..
Adalah yang terbaik untuk kita..
Adalah yang paling sesuai untuk kita..
Adalah yang paling membuat kita merasa bahagia..

Kerana Dialah yang paling mengerti kita, lebih dari kita sendiri. Dialah yang paling menyayangi kita. Dialah yang paling mengetahui apa-apa yang terbaik untuk kita. Sementara kita hanya sedikit saja mengetahuinya dan itupun hanya berdasarkan pada persangkaan kita.. icon smile Wanita Muslimah Laksana Bunga Yang Menawan…

    Ya Allah..

    Kurniakanlah kami seorang suami yang soleh..
    Yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya..
    Yang sentiasa memperbaiki dirinya..
    Yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah..
    Yang baik akhlaknya..
    Yang menerima kami apa seadanya..
    Yang membimbing kami dengan lemah lembut..
    Yang akan membawa kami menuju JannahMu Ya Rabb..

    Kabulkan, Ya Allah..

Wednesday 9 November 2011

:::::KeLAHIRAN::::


ASSalammuaLAIKUM w.b.t...

Alhamdulillah,saya masih dapat pinjaman setahun daripada ALLAH hari ini..TAPI,SIAPA TAHU UNTUK TAHUN BERIKUTNYA???ALLAH MAHA MENGETAHUI...


IST TIME share penulisan hari lahir kat blog tersayang nie.chewah..

:::::uCapan2::::
Happy bufday!!
Selamat HARI Lahir…
Sanah helwah dan macam2 lagi…
AlhamDuLILLAH,KIRIMAN DOA  juga turut dipanjatkan.Terima qaseh kepada kalian yang sentiasa di sisi saya secara lansung dan tidak lansung.Saya amat hargainya…
Ummi,terima Qaseh KerNA MELAHIRKAN  saya.jerih perih ummi melahirkan saya hanya ALLAH yang DAPAT MEMBALASNYA…Saya telah saksikan secara lansung proses kelahiran e2..bukan teori@video semata2,tp,real di depan mata masa praktikal dulu..Suatu PROSES yang rumit dan memerlukan kekuatan dalaman seorang ibu.Anda bayangkan,bagaimana seorang ibu e2 hanya nak anak dia selamat jew  lahir ke dunia..biar dia yang tanggung sakitnya..”SUBHANALLAH”….e2 sahaja kalimah yang  berterusan keluar  di mulut saya tatkala  melihat  bayi2 selamat dilahirkan…

:::::MAKAN2 ::::
TEriMA QASEH UMMI untuk jamuan hari ini..Chek Gembira&syukur sangat coz dapat meraikan hari kelahiran chek dengan keluarga tercinta&jiran tetangga kat KG.GAJAH nie..JIRAN2 YANG BeST dan amat m’ambil berat kat Taman perumahan nie…SyuKUR…moga ALLAH tautkan kasih-sayang dalam  persaudaraan ini..ameen.Kek UMMI sangat sodap…
SeUsAI makan2 tue,dapatlah kiriman doa nie…
“Mak Cik Siti doakan Hanim cepat dapat koje(kerja),cepat kawin..ameen..Semuanya CEPAT2 LAH…heheh…Saya hanya  senyum,x perlu kata apa2…

:::::KinI:::::::::
KINI DAH ABIH BELAJA…kIranya chek telah tunaikan salah satu amanah ummi ngan abi..Tiada perkara lain yang mengganggu fikiran chek skrg..abg yang pun dah nak kawen..next giliran saya pulak...adake calon??heheh..Soal jodoh,chek dah berusaha dan chek letakkan kepercayaan kepada qadA’ dan qadar ALLAH…Semoga  kita bertemu nanti ea  calon zaujiku…sedang berusaha untuk m’solehahkan diri untukmu&ummi n abbi..(tIbE2 MERAH MUKA NIE..)..UmmI&abbi,CheK syukur sangat dapat saudara n sahabat2  yang membawa chek dekat kepada Allah s.w.t  dan agama…chek hanya insan biasa,still mencari dan terus mencari ReDHA ALLAH…WALAUpun hanya insan biasa tetapi chek cuba menyampaikan segala kebaikan  yang menjadi peringatan kepada diri chek jugak..syukur,alhamdulillah…

::::::22 TahUn dah:::
Dah Tua ghUpanya cik HaNim NIE…UMUR MAKIN Bertambah.. macam mane pulak dengan Iman???TeRUSKAN PERkONgSIAN kalian  Dengan iNsan kerdil NIE DAN Sudilah kiranya MENEGUR SAYA uNtuK salah n silap saya..Saya amat m’alu2kannya…TerIMA qaSeh kalian…Moga ALLAH BeRKATI KeHidupan kalian didunia dan akhirat..amin…

Saya  mencari doa hari lahir sehingga saya  terjumpa doa ini di satu blog http://rafikasastras.blogspot.com ..  Halalkan perkongsian ini... Terima kasih..
"Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku  ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbul Alamin..."