Monday 26 March 2012

::SeKIAN LAMA::

Angin..kau nyanyikan  lagu  untuk permataku tenang selalu
Bayu..sampaikan berita daku kini ceria,aman dan bahgia..

Daripada MR G

Bismilahhirrahmannirrahim...

     Assalammualaikum w.b.t..SyUKUR alhamdulillah,dikurniakan akal yang sihat dan masih lagi merasai  segala nikmatMu YA ALLAH.Selawat dan salam  untuk jujungan mulia Rasulullah S.A.W.Semoga diriku  dan umat islam  yang lain mendapat syafaatMu kelak..ameen

     Terlebih dahulu,nak ucapkan Tahniah&Selamat pengantin baru  kepada Abang Long(Mohd Khairol Fitza)& pasangannya(Faezah Othman) kerana selamat diijabkabulkan pada 17 Mac 2012 lalu..Semoga pasangan ini dirahmati Allah dalam pembinaan  keluarga  Sakinah  dan dikurniakan zuriat yang soleh&solehah..ameen

     Sekian lama ingin membaca novel "Denyut kasih medik"akhirnya tercapai jua.Alhamdulillah.Walaupun novel ini sudah hampir 2 tahun diterbitkan tapi,moga pengisiannya tetap utuh hingga kini.Insya Allah.Novel karya Dr.Farhan Hadi ini mengisahkan tentang kehidupan seorang doktor pelatih  yang bergelar houseman(HO).Berbekalkan  semangat&keimanan yang teguh,doktor muda itu menjadikan kesibukan kerja di hospital sebagai medan untuk menegakkan deen Allah,bukan alasan untuk melupakanNya.Doktor pelatih itu juga berusaha untuk membimbing rakan-rakannya yang sedang hanyut dalam arus kemodenan ke arah ketaatan kepada Allah s.w.t.

     Novel ini juga dekat dengan  realiti kehidupan masyarakat kerana seorang doktor  semestinya  akan berdepan dengan pelbagai kisah masyarakat  daripada pelbagai lapisan dan peringkat umur.Peluang itu digunakan sebaik-baiknya   untuk menghadiahkan madu dakwah.Realistik dan penuh informasi,novel ini  menyentuh isu-isu fiqh perubatan dan fiqh wanita yang mudah untuk bacaan umum.Banyak persoalan  masyarakat tentang masalah fiqh perubatan yang mungkin belum terjawab di benaknya.Halal@haram seringkali mengelirukan,padahal kedua-duanya amat jelas.Buku ini tampil merungkai pelbagai situasi penting yang melibatkan pertalian bidang perubatan semasa dengan hukum-hukum fiqh.

     Selain itu,ia turut menyelitkan fiqh cinta.Takkan sempurna impian dan cita-cita seorang doktor muda tanpa memikirkan dan melalui persoalan ini.Al-Quran dan al-Sunnah memandu pilihannya.Golongan pembaca remaja dan muda-mudi pasti tersenyum mengutip panduan tentang fiqh cinta.

:::::::::::::::::::*:::::::::::::::::::::::

     Bagi saya sendiri,novel ini mengembalikan segala peristiwa&kenangan2 masa posting dulu.Persoalan yang dikupas dalam novel ini sama juga dengan persoalan di fikiran saya ketika itu..akhirnya terjawab&diceritakan di sini...Di sinilah jiwa Pesakit di isi dengan  makanan rohaniah yang membuat mereka lebih tabah&redha dengan segala ujian Allah.Melihat ujian hidup  mereka menjadi cermin untuk kita sebenarnya dalam menghargai nikmat kesihatan yang sebenarnya..Terima kasih untuk doktor MO&HO yang baik2 belaka dan sudi berkOnGSI ILMU  dengan saya..Terima kasih juga UntUK yang bergelar doktor@bakal menjadi doktor yang telah@akan  merawat  kami sekeluarga....Semoga Allah memberkati hidup kalian dalam mencari Redha Allah..ameen.Wassalam..





No comments:

Post a Comment