Friday 15 February 2013

KeRAna Rama-Rama.....



Assalammualaikum...
Alhamdulillah,punyai masa untuk menarikan jari-jemari kurniaan ilahi di sini..
Peringatan di sini,segala kata2 peringatan di sini bukan milik saya...kebanyakannya diperolehi daripada pembacaan&blogger lain yang sangat memberi kesan di hati saya.Saya pahatkan di sini agar ianya tumbuh mekar di hati sedikit demi sedikit& juga dalam amalan...Alhamdulillah,berkesempatan bercuti  ke Melaka.Terima kasih K.Zu untuk layanan terbaik daripada keluarga akak..Saya rindukan untuk pertemuan seterusnya,l'allah.Kerana esok cuti,jadi saya gunakan masa yang ada ini untuk memberi pengisian...moga bermanfaat untuk kalian...
*******************************************************************************
Cantiknye seekor rama-rama...uniknye ciptaan Allah ini...kebolehannya untuk terbang dari satu bunga ke bunga yang lain membuka mata saya tentang kebolehannya itu dapat membantunya untuk merasai bunga2 lain@suasana lain....kalian ada terfikir sesuatu??Syukur alhamdulillah,kita diberi kekuatan&keupayaan oleh Allah s.w.t untuk melakukan pergerakan...Bayangkan kalau kita umpama batu..tetap  pada kedudukan asalnya kecuali ada faktor luar yang menggerakkannya yakni dengan bantuan...kerana  sukakan rama-rama jadi saya memilih rama-rama sebagai signifikan post kali ini...

Hijrah!berhijrahlah ke arah yang lebih baik...kadang-kadang kita hanya inginkan perubahan drastik kan?..x pe...Mulakan langkah pertama agar kita boleh teruskan ke langkahan seterusnya...jangan fikirkan cepat@lambatnya langkah itu,laksanakannya!selagi x b'tentangan dengan agama kita...Kalau situasi di wad tempat saya b'kerja sekarang,saya dapat melihat perubahan dari seorang yang terlantar lemah  di atas katil  hingga dapat bergerak turun dari katil berlegar dalam kawasan wad&senyuman sentiasa terukir di bibirnya...banyak perkara yang boleh dilakukannya setelah boleh bergerak...Subhanallah...Saya SAYANG pesakit saya...Terima kasih YA ALLAH....

*********************************************************************************

Kerana RAma-Rama...




No comments:

Post a Comment