Thursday 21 April 2011

PeRKonGSIAN~hati-hati

“Iman ialah sebuah perjalanan dan kutipan pengalaman.”
 

Ulama’ hati sering mengibaratkan hati seperti sebuah cawan, lalu mengkategorikan hati kepada 3 jenis:

      1. Cawan yang bocor : apabila dimasuki benda baik,kesan baik itu tidak lama dan akan luput kerana hati ini sering mengiringi perkara baik dengan dosa dan amalan buruk.
      2. Cawan yang tertutup : benda baik langsung tidak boleh memenuhinya
kerana ia sendiri tidak membenarkan faktor-faktor            kebaikan     memasukinya.
3. Cawan yang terbuka dan kuat : benda baik memasukinya dan ia menjaga isinya dengan baik,lalu menghasilkan kesan jangka masa panjang yang baik

**Ada sebuah kisah pada zaman para anbiyaa’ tentang seorang budak dan doanya.
Terdapat sebuah keluarga, seorang isteri, suami, dan seorang anak. Kebiasaan isteri dan suami ini dalam keluarga ialah setiap kali waktu makan,mereka akan mengajak anak mereka sama-sama memejam mata dan berdoa di meja makan. Sedang si anak khusyuk berdoa meminta makanan daripada Allah dengan mata terpejam, suami dan isteri itu mengeluarkan makanan yang telah siap tersorok lalu menghidangkannya di atas meja. Kemudian mereka sama-sama membuka mata dan menjamu makanan.
Hal ini dilakukan oleh suami isteri itu demi melatih anaknya agar sentiasa bertawakkal dan meminta pada Rabb Al-Jalil. Suatu hari, suami isteri itu meninggalkan anaknya lama di rumah atas urusan tertentu. Kelaparan,si anak duduk di meja makan,memejamkan mata dan berdoa seperti biasa.
Kemudian,suami isteri itu pulang ke rumah lalu terkejut mendapati anaknya sedang makan hidangan lazat di atas meja. Si Ayah bertanya kepada anaknya; “anakku, mana kau dapat semua makanan ni?”. Jawab si anak; “macam biasa la ayah, saya berdoa”.
“لكم أستجب, ادعونى ربكم وقال”
“dan Rabb berkata: pintalah kepadaku, nescaya aku akan tunaikan”.

Adab seorang hamba kepada tuhannya,selari dengan merealisasikan syahadah yang sering diucapkan; menjadikan Allah tempat pegangan yang utama.
Kadangkala kita tidak biasa meletakkan Allah sebagai ‘main source’ sebab tak pernah buat. Bila kawan baik,ayah,mak,makwe,dan manusia-manusia lain,lagi teruk kalau pakai anak patung,semuanya mengaburi pandangan kita,mensasarkan kita dari meletakkan Allah pada tempatnya. ‘Practice makes perfect’. Maka berlatihlah,tiada siapa yang menghalang kecuali diri kita. Bangun pagi bermunajat,mendirikan qiamullail,cuba menangis di depan yang maha Esa,mentadabbur isi-isi al-qur’an,mendekatkan diri pada alam merasai keagungan-Nya.
Dalam filem ‘Evan Almighty’,ada satu ‘quote’ yang pada saya kena dengan formula tawakkal.

“If God wants to make you strong,He doesn’t give you strength,but He gives you opportunities to be strong. If God wants to make you happy,He doesn’t give you happiness,but He gives you opportunities to be happy”.

Seringkali kita berada pada posisi memilih sesuatu,dan akhirnya kita yang salah memilih. Allah telah kurniakan kita banyak nikmat,tapi akhirnya kita yang salah guna. Kadangkala sahabat kita nak tegur kita,tapi kita mengambilnya sebagai nak cemuh. Maka kita menutup diri kita dari berukhwah,lantas menutup satu pintu nikmat. Allah bagi kita satu masa yang panjang dan peluang untuk belajar,tapi masa kita bazirkan dengan perkara lain. Allah bagi kita rumah sewa dekat dengan masjid,tapi yang menentukan kaki kita melangkah ke masjid ialah diri,hati,akal kita. Akhirnya kita jugalah yang meletakkan diri dalam syurga,atau neraka


"إنا هديناه السبيل إما شاكرا وإما كفورا"
“Sesungguhnya kami telah menunjukkannya jalan,sama ada dia bersyukur atau dia kufur”

Bersama-samalah kita berusaha untuk memilih jalan yang terbaik,pilihan yang terbaik setiap hari. Bersama-samalah kita mengingatkan kawan-kawan kita agar sentiasa mengingatkan kita dan membimbing memilih pilihan dan jalan yang terbaik. Bersama-samalah kita agar sentiasa beramal dan berbuat baik agar malaikat kiri dan kanan kita turut mendoakan kejayaan kita dan meraih pengakhiran yang baik.
Wallahualam.

P/S: Entri dr http://lifepotrait.blogspot.com/2011_04_01_archive.html..X taw knapew suke sgt ngan "hAtI"....(^_^)

No comments:

Post a Comment