Monday 19 September 2011

Wanita suFi PeRIndU cInta ALLAH

Assalammualaikum w.b.t..Alhamdulillah,SyUKuR diBerI KeSempatan mEnCoRetkan  sEDIKIT pErkongsian..Semoga dapat manfaat bersama...amin...

Ucapan DOA RabiATUL Adawiyah,Wanita suFi PeRIndU cInta ALLAH Selama 30 TahUn SewAKtU kESuNyiAn Di kETenAnGaN mAlAm KeTiKA BeRMunAjAt KePaDA ALLAH.

“YA ALLAH,YA TUHANKU.Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu,daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Tuhanku!bintang-bintang telah menjelma indah,mata telah tidur nyenyak,semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

“Tuhanku!Tiada kudengar suara binatang yang mengaum,tiada desiran pohon yang bergeser,tiada desiran air yang mengalir,tiada siulan burung yang menyanyi ,tiada nikmatnya teduhan guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keesaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

“Sekalian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik mahsyuknya.Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu.

Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

“Tuhanku!Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu”

“Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucianMu,ombak di laut bertepukan.Engkaulah Tuhan yang sujud kepadaNya malam yang gelap,siang yang terang,falak yang bulat,bulan yang menerangi,bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

“Wahai Tuhanku!Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti.Wahai malangnya diri!Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan mEnolu\aknya maka aku diberikan takziah?

Demi kemuliaanMu,jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya.Demi kemuliaanMu,jika Engkau menghalauku daripada pntu-Mu itu nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepadaMu.”

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan.Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku.Aku adalah milik Tuhanku dan dibawah perintahnYa.Aku tidak mempunyai apa-apapun.”

“YA TUHANKU!Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu”

TeRiNGAT LiRiK LAGU In-team-Rabiatul Adawiyah

Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayAng-bayang
Gelap walau di suluh cahaya

Pepasir pantai pun berubah
Pabila hakikat melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi

Kau hias rumah kasih abadi
Serik menghiasi singgahsanamu
Kau berjaya merubah segala
Kasih semalam menjadi esok

Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Dari mu Tuhan pencipta alam

Rabiatul Adawiyah
Serikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi ikhtibar

Asmaramu dihampar suci
Pintalan dari awanan putih
Membuahkan titisan rahmat
Menyuburkan mawar yang layu

Namamu menjadi sanjungan
Ikutan ummah sepanjang zaman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah...

Wassalam...(^________^) 

No comments:

Post a Comment