Friday 15 July 2011

10 LALUAN KE ALAM BARZAKH

Bagaimana memudahkannya?

1.LALUAN MENUJU KE KUBUR
a)      Jauhkan dari perbuatan mengumpat&mengeji
b)      Hindarkan perasaan iri hati(benci)
c)      Jangan terpengaruh dengan emas/perak
d)      Sucikan kadha’ hajat dengan istibra’

2.LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a)      Bersihkan diri dengan bertaubat
b)      Gembirakan hati orang Mu’min
c)      Bayar semula kadha’ yang tertinggal
d)      Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

3.LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NAKIR
a)      Mengucap dua kalimah syahadat
b)      Suka memberi sedekah
c)      Berkata benar
d)      Bersihkan dan perbaiki hati

4.LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a)      Mengajar dan menyampaikan ilmu yang bermanfaaat
b)      Sucikan perkataan dan pakaian
c)      Bersyukur dengan yang sedikit
d)      Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

5.LALUAN  MEMANTAPKAN AMALAN
a)      Jauhkan perkataan yang sia-sia
b)      Pendekkan cita-cita dunia
c)      Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d)      Banyakkan sedekah dan khairat

6.LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a)      Kasihilah aulia ALLAH Ta’ala
b)      Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c)      Berpegang teguh dengan hukum syara’
d)      Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

7.LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a)      Banyakkan membaca Al-Quran
b)      Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c)      Tinggalkan perkara-perkara maksiat
d)      Jauhkan segala yang haram

8.LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a)      Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b)      Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
c)      Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

9.LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a)      Kasihilah Rasulullah
b)      Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
c)      Banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

10.LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a)      Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b)      Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c)      Betulkan dan baikkan I’tiqad kepada ALLAH
d)      Bencikan segala yang diharamkan-Nya

“Jika engkau perlukan nikmat dunia,cukuplah islam itu sebagai nikmat untukmu,Jika engkau ingin menjadi asyik,cukuplah ketaatan itu sebagai keasyikanmu,jika engkau mahukan pengajaran,cukuplah alam barzakh itu sebagai pengajaran”.


No comments:

Post a Comment