Wednesday 20 July 2011

10 PERKARA PENGHAPUS DOSA

Manusia dan dosa tidak mungkin dipisahkan.Manusia sentiasa berasa muda untuk melakukan dosa tetapi sebenarnya mereka tak terlalu tua untuk bertaubat.Pintu taubat sentiasa terbuka asal maut belum bertamu.

Menurut Ibn Taimiyyah,terdapat 10 penghapus dosa berdasarkan penelitiannya daripada Al-Quran dan sunah.

  1. Istighfar(memohon ampun)
  1. Taubat
  1. Mengerjakan amalan kebaikan yang menghapus dosa sebagaimana Firman Allah s.w.t yang bermaksud:”Sesungguhnya amal-amal kebajikan(terutama sembahyang)itu menghapuskan kejahatan.Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang yang mahu beringat.”(Surah Hud 11:114)
  1. Berbagai-bagai musibah yang menimpa diri manusia yang lemah.
  1. Doa orang yang soleh yang diperuntukkan bagi yang bersangkutan.

  1. Penderitaan sakit yang tidak terperi saat sakaratulmaut menjemput kealam barzakh
  1. Azab kubur
  1. Ketakutan yang sangat pada hari menghadap Allah s.w.t pada hari kiamat kelak.
  1. Syafaat Rasulullah s.a.w,para wali Allah dan syafaat orang soleh.
  1. Rahmat daripada Allah.

Sumber:Dr.’Aidh bin ’Abdullah al-Qarni,Ilallazina Asrafu ‘ala Anfusihim

No comments:

Post a Comment